• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadith Pilihan Shahih Bukhari Antara Buku Diharamkan KDN

oleh
25/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang jelas mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.

Buku-buku berkenaan ialah ‘Perukonan Romanise’, ‘Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah’ dan ‘Hadith Pilihan Shahih Bukhari’, kata KDN dalam satu kenyataan rasmi media yang dikeluarkan di sini.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, berkata perintah larangan berkuat kuasa pada 18 September mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

KDN mengingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 akta tersebut jika didapati mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual dan mengeluar.

Baca: Dah Lebih Ni… Akhbar Cina Hina Islam, Langgar Syarat KDN

Juga mana-mana individu boleh didakwa sekiranya didapati mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki buku-buku tersebut bagi apa jua maksud.

‘Perukonan Romanise’ dalam versi berbahasa Melayu adalah susunan oleh Norain H. Muhammmad dan diterbitkan oleh H. Hashim H. Abdullah.

‘Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah’ susunan Mohamad Fadhil Umar diterbitkan oleh Buku Prima Sdn. Bhd., dan dicetak Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd., dalam bahasa Melayu.

‘Hadith Pilihan Shahih Bukhari’ dalam bahasa Indonesia pula diterjemahkan oleh Ustaz Labib MZ dan diterbitkan oleh Bintang Usaha Jaya Surabaya di Indonesia.

Hashimah berkata, mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KDNKementerian Dalam Negeri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

KDN Perkukuh Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand, Tangani Jenayah Rentas Negara

25/01/2025
0

JELI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd