Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

LKIM Lancar Aplikasi Harga...

SERDANG - Orang ramai boleh mendapatkan maklumat harga ikan terkini secara dalam talian...

UMNO Desak Sidang Parlimen...

KUALA LUMPUR - UMNO mendesak kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14...

Salah Siapa? Individu Islam...

Akibat tidak berhati-hati memilih tempat untuk menjamu selera, seorang individu 'sesal separuh nyawa' kerana...

Polis Kedah Cadang Teruskan...

ALOR SETAR – Polis Kedah bercadang meneruskan program ‘My Indah 19’ dengan kerjasama...

Google Perkenalkan Logo Terbaharu

GOOGLE merupakan salah satu laman web enjin carian paling terkenal di dunia.

Laman Carian Google atau Google Search merupakan halaman utama bagi rujukan ramai bagi melakukan pencarian info mahupun berita semasa.

Baru-baru ini, penstrukturan semula Google di bawah syarikat Alphabet telah diumumkan dan kini ia disusuli dengan evolusi pertama syarikat menerusi pengenalan logo baru mereka.

Google mengatakan mereka telah melalui pelbagai perubahan sejak 17 tahun yang lepas, di mana kini selain daripada hanya di desktop, perkhidmatan mereka turut digunakan pada telefon pintar, tablet mahupun jam tangan pintar.


Melalui identiti baru ini, Google membawakan elemen warna-warni mewakili pelbagai keajaiban peranti dan platform.

Penggunaan identiti baru ini akan diperkenalkan oleh Google pada semua perkhidmatan mereka secara berperingkat bermula September.

Seperti yang anda lihat pada enjin carian, mereka juga membawakan kesinambungan huruf ‘G’ sebagai alternatif kepada logo Google. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

Sumber: Techcrunch

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori