• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah Najib Konon Ditangkap Ejen FBI New York Kantoi

oleh
28/09/2015
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Benarlah madah popular: ‘Fitnah itu lebih bahaya daripada membunuh!’ Sejarah membuktikan banyak empayar Islam zaman lampau tumbang bukan kerana kekuatan musuh, tetapi fitnah pihak dalaman.

Ini belum lagi kejatuhan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah ketika era kebangkitan Arab Spring yang didalangi Zionis pada 2010 lalu, disebabkan penyebaran bahan fitnah cukup berleluasa menerusi media sosial.

Terbaharu, ramai rakyat Malaysia ‘termakan’ hasutan dakyah jahat pembangkang termasuk negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditangkap di Amerika Syarikat (AS).

Sejak minggu lalu, sudah tersebar khabar angin kononnya Najib ‘takut’ ke luar negara ekoran dakwaan palsu bahawa Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) di Paris, Perancis mengeluarkan waran tangkap notis merah.

Baca: Kisah Taktik Misteri Kenapa AS Mahu Siasat Najib?

NAJIB TUN RAZAK dan Awang Adek Hussin (barisan kedua, tiga dari

Nyatalah akhbar berpengaruh AS, New York Times yang dikuasai Zionis berjaya ‘membohongi’ satu dunia dengan laporan fitnah itu padahal cerita sebenarnya amat jauh berbeza dan langsung tidak dilaporkan mereka sendiri.

Najib bukan sahaja merasmikan pejabat antarabangsa Permodalan Nasional Berhad (PNB) di London, Britain, bahkan turut melakukan lawatan rasmi seminggu ke New York mengisi jadual paling padat dalam sejarah beliau.

Perdana Menteri di sebalik kesibukan tugas masih berkesempatan menunaikan solat Hari Raya Aidiladha di Pusat Kebudayaan Islam New York di sini Khamis bersama-sama lebih 1,000 umat Islam tempatan dan warga asing.

Turut menunaikan solat sunat hari raya korban itu ialah Duta Besar Malaysia di Washington DC, Datuk Seri Awang Adek Hussin dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Ramlan Ibrahim.

Baca: AS Tiada Hak Ganggu Najib Hanya Sebab Artikel WSJ, NYT

Beliau kemudian berpeluang membuat kejutan secara spontan apabila menyampaikan sendiri sumbangan kepada Pengarah Pusat Kebudayaan Islam New York, Abdul Razzaq E. Al Amiri tanpa sebarang hebahan publisiti.

Najib sempat bertemu wartawan Malaysia di pusat itu sebelum membuat sidang akhbar tanpa dirancang untuk memberi ulasan dan ucapan takziah berhubung tragedi rempuhan jemaah haji di Mina, Arab Saudi pada Khamis.

Ada membuat jenaka sinis bahawa ejen FBI ditugaskan ‘menjaga’ Najib dan wartawan Malaysia untuk liputan lawatan itu dilaporkan turut terpinga-pinga apabila membaca artikel fitnah portal propembangkang di Malaysia.

Hakikatnya, terbukti memang ada perancangan jahat pihak asing untuk menghancurkan kepimpinan negara tetapi malang, agenda jahat mereka ‘kantoi’ dan lebih malu, jentera perang saraf pro-Zionis di Malaysia. – Mynewshub.cc

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd