• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Filem Bravo 5 Suntik Semangat Patriotik Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
05/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berharap filem Bravo Lima akan dapat meningkatkan semangat patriotik dan mengukuhkan lagi perpaduan semua kaum di negara ini.

Beliau berkata aspek perpaduan antara kaum yang dibawa oleh watak komando tentera menentang pengganas komunis dalam filem aksi yang digarap berasaskan kisah benar itu mampu membawa mesej patriotisme kepada penonton.

“Filem Bravo Lima adalah kisah sebenar misi sulit pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan seorang tawanan dan menggagalkan rancangan komunis menakluki negeri Kedah pada tahun 1989,” katanya pada majlis pelancaran filem itu di GSC Signature, The Garden Mall di sini malam tadi.

Majlis pelancaran filem itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zulkifeli berkata Ahmad Zahid memuji filem tersebut kerana mempunyai ciri-ciri patriotik yang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan rakyat Malaysia.

“Saya harap selepas menonton filem ini, rakyat Malaysia tidak hanya meletakkan tanggungjawab menjaga keamanan negara kepada ATM sahaja, sebaliknya turut membantu ATM dalam menjaga keharmonian yang dikecapi negara hari ini,” kata Zulkifeli.

Turut berangkat menyaksikan tayangan ialah Tunku Panglima Besar Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Filem tersebut diterbitkan oleh Karya Prima Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh M Hitler Zami, manakala skrip ditulis oleh Mejar Zainal Hayat yang menampilkan lakonan mantap Remy Ishak, Beto Kusyairy, Sofi Jikan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri.

Sementara itu pada majlis yang berasingan, penggiat filem tanahair diminta untuk menghasilkan lebih banyak karya berbentuk sejarah dalam memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penggiat filem di negara ini dilihat lebih banyak menghasilkan karya bergenre seram dan cinta.

“Melalui pembikinan filem berbentuk sejarah, ia dapat memupuk semangat kasihkan negara di kalangan generasi Y,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Sepuluh kategori dipertandingkan pada festival filem berkenaan, antaranya kesan khas terbaik, pereka kostum/busana terbaik serta lagu tema terbaik. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bom Bangkok: Tiga Lagi Waran Tangkap

Next Post

5 Kapal Perang China Dikesan Ke Laut Bering – Pentagon

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

Pesawat TUDM Tergelincir, Landasan Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Ditutup

23/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir di landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Next Post

5 Kapal Perang China Dikesan Ke Laut Bering - Pentagon

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd