Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Gempar Buaya Santai Di...

SINGAPURA - Setelah kecoh dengan kemunculan sekumpulan puluhan babi hutan di beberapa lokasi...

Jiran Rakam, Abaikan Budak...

TANGISAN sayu merayu meminta tolong rupa-rupanya datang daripada seorang kanak-kanak lelaki yang parah...

Bapa Tidak Sabar Tatap...

MUAR - Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada...

Cerita Orang Gagal ‘Exam’...

TAHNIAH diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi kejayaan di dalam Ujian Pencapaian Sekolah...

ECTM Gesa Pemilik Nissan Periksa Beg Udara

KUALA LUMPUR – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) menasihatkan semua pemilik Nissan XTrail (yang dijual sejak 2002 hingga 2007), Teana (2004) dan Liberty (2003) yang terlibat dalam Kempen Servis beg udara penumpang Takata, supaya membawa kenderaan masing-masing untuk diperiksa di cawangan Tan Chong Express Auto Service Centre terdekat.

Pada Jun 2015, ETCM mengaktifkan Kempen Servis selepas mengesahkan sejumlah 12,444 unit Nissan di Malaysia terlibat dalam kempen pengepam (inflator beg udara penumpang hadapan.

“Semua kos buruh dan alat ganti dalam kempen servis itu adalah percuma.

“Kempen itu melibatkan tiga model yang dibeli daripada ETCM dan pengedar sah Nissan pada masa itu. Memandangkan pemilik kenderaan mungkin sudah berubah, pemilik sedia ada dinasihatkan supaya memeriksa sama ada kenderaan Nissan masing-masing terlibat dalam kempen itu,” katanya dalam satu kenyataan.


ETCM meminta pelanggan menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan atau melayari laman web www.nissan.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ia berkata pemilik yang sebelum ini sudah pun memeriksa kenderaan mereka, juga digesa mengesahkan semula kenderaan masing-masing berikutan pengelasan semula sistem.

Nissan XTrail (T32) serba baharu dilancarkan di Malaysia pada Januari 2015. Model-model Nissan yang dijual sekarang tidak terlibat dalam kempen tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori