• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Skim Perumahan Akan Dibina Di Taman Ilmu

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Dua skim perumahan membabitkan 600 unit rumah akan dibina di persekitaran kawasan Taman Ilmu di sini dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), bagi menghadapi peningkatan populasi di kawasan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mohd Mahdi Musa berkata 300 unit rumah akan dibina melalui skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) manakala selebihnya menerusi Projek Rumah Mampu Milik oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Beliau berkata projek perumahan baharu itu merupakan persediaan awal kerajaan dalam menampung pertambahan penduduk di Taman Ilmu untuk jangka masa 10 tahun akan datang.

“Taman Ilmu kini mula beroperasi secara berperingkat sejak pembukaan kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di situ yang mempunyai pelajar melebihi 1,500 orang sejak dua tahun lalu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mohd Mahdi berkata skim perumahan PR1MA akan dibina dalam bentuk banglo manakala rumah mampu milik oleh SPNB akan dijual dengan harga RM68,000 sahaja.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata sehubungan itu, projek kemudahan asas di kawasan berkenaan juga sedang ditingkatkan termasuk pembukaan Masjid Taman Ilmu yang mampu menampung lebih 10,000 jemaah, rangkaian jalan dan rumah kedai.

Katanya, orang ramai diharap dapat mengimarahkan masjid mukim terbesar di negara ini itu bagi mengadakan aktiviti keagamaan selain solat fardhu lima waktu. – BERNAMA

Tags: PR1MASPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd