• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Pemuda Terlepas Hukuman Gantung

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Dua pemuda yang menghadapi tuduhan membunuh seorang remaja perempuan pada Disember 2010, terlepas daripada hukuman gantung berikutan Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 yang melarang tertuduh bawah 18 tahun (ketika kejadian) dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Namun nasib kedua-dua tertuduh berumur 19 dan 21 tahun itu berada di bawah ihsan Sultan Johor yang akan menentukan tempoh hukuman penjara terhadap mereka selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati mereka bersalah membunuh remaja perempuan itu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab. Aziz, mendapati kedua-dua tertuduh bersalah membunuh dan seorang daripada mereka kerana merogol Siti Mazni Abdul Rahman, 14, di kebun kelapa sawit Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Batu Pahat, pada 15 Disember 2010.

“Selepas mengambil kira bukti dan kenyataan saksi pendakwaan, saya dapati

kedua-dua tertuduh bersalah membunuh dan seorang lagi merogol mangsa dalam kejadian itu.

“Walaupun mereka dikatakan berkelakuan baik sejak lima tahun lalu, saya perlu mengambil kira pembelaan kepada mangsa kerana berdasarkan kenyataan sebelum ini mangsa tidak melakukan sebarang provokasi tetapi dibunuh tertuduh,” katanya.

“Bagaimanapun, mereka tidak boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana dilindungi Seksyen 97(1)(2) Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001,” katanya selepas membacakan penghakimannya,” ujarnya. – BERNAMA

Tags: hukuman matiremaja
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd