Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Perkhidmatan MRO: Destini &...

KUALA LUMPUR - Destini Bhd dan Felcra Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman...

Bebiri Faham Bahasa Inggeris...

SYDNEY — Sebuah ladang ternakan di negeri New South Wales, Australia, bakal didakwa...

Sayu… Gambar Warga Emas...

GEORGETOWN - Gambar-gambar yang menunjukkan beberapa orang warga emas yang merupakan penghuni sebuah rumah orang-orang...

Indonesia Tuntut Penjelasan Dilarang...

JAKARTA - Indonesia berhasrat menghantar nota diplomatik kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan...

Dr. Ini Bandingkan Graduan ‘Best Vs Low Rank University’

SERING kali kita pernah mendengar ada orang berkata adalah lebih baik menjadi seorang street smart daripada menjadi book smart.

Kebenaran kata-kata ini mungkin ada kewajarannya menerusi perkongsian pengalaman seorang lelaki, Dr. Mohd Azlee yang berpeluang mengadakan sesi temu duga bagi mencari pekerja di syarikatnya.

Apa yang mengejutkannya ialah bagaimana graduan universiti terbaik di Malaysia tidak mampu perform dalam sesi interview dijalankan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu juruukur bahan di syarikatnya.

Menyenaraikan empat calon temuduga termasuk yang datang daripada dua buah top universiti iaitu Universiti Malaya (UM) dengan CGPA 3.55 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan CGPA 3.41.

Manakala dua lagi calon yang tidak begitu menyerlah dari segi CGPA iaitu lepasan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan 2.72 dan graduan INTI International University and Colleges dengan CGPA 2.97.

Menurutnya sepanjang sesi interview itu dijalankan, dua calon dari universiti terbaik itu langsung tidak dapat menjawab tujuh daripada 10 soalan yang ditanyakan oleh beliau kepada mereka.

Sementara dua lagi calon yang dianggap kurang ‘cerdik’ dari segi kelayakan sijil pula dengan penuh yakin dan cemerlang berjaya pula menjawab lapan daripada 10 soalan yang ditanya.

Jadi, hasil pemerhatiannya itu, Dr. Mohd. Azlee membuat kesimpulan bahawa beliau tidak memerlukan pekerja yang hanya cemerlang ‘atas kertas’ tetapi tidak mampu memberikan prestasi kerja yang memberangsangkan.

Pendek kata, mana-mana penemuduga pun pasti akan mencari calon yang mampu memberi keuntungan serta kelangsungan kepada syarikatnya. Ayuh kita baca kisah pengalaman Dr. Mohd. Azlee:

1


2

3

4

Oleh itu buat adik-adik di luar sana khasnya bakal graduan universiti yang akan melangkah ke alam pekerjaan, sedarlah bahawa kelayakan akademik semata-mata itu mungkin memang dipandang penting.

Namun kita juga harus seimbangkannya diri dengan kemahiran lain seperti kemahiran berfikir di luar kotak, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran sosial dalam berurusan dengan pekerjaan kita.

Bak petikan bait lagu popular Mantera Beradu dendangan penyanyi Malique dan Dato M. Nasir: ‘Ijazah terbaik datangnya dari jalanan’, tidak kira kita keluaran dari universiti mana pun.

Apa yang penting, kita harus pandai membawa diri dan bijak menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang bakal disandang oleh kita kelak. – MYNEWSHUB.CC

Luahan Hati Seorang Graduan, Saya Zahra

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori