• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikurung 5 Tahun Jadi Hamba Seks Ibu Bapa Sendiri

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DIKURUNG di dalam almari selama lima tahun hanya untuk dijadikan sebagai hamba seks kepada ibu bapanya yang mempunyai nafsu yang pelik. Itu pengalaman dialami oleh Lauren Kavanaugh ketika kecil.

Menceritakan pengalaman menakutkan itu, Lauren yang kini berusia 21 tahun berkata, ketika itu dia hanya berusia tiga tahun dan telah dilarang makan, diseksa serta dirogol hampir setiap malam.

Selain dipisahkan dari dunia luar, Lauren juga diasingkan daripada abang dan kakaknya yang lain, yang menikmati kehidupan normal.

“Suatu hari ibu saya benci mendengar suara tangisan saya lalu dia menarik tangan saya dan memasukkan saya ke dalam almari.

“Saya berada di situ selama beberapa jam dan saya sangkakan ia satu hukuman, tiada makanan, hanya kegelapan,’’ katanya.

Lauren dapat mengingati bagaimana dia dirogol dan ketika itu dia hanya berusia tiga tahun.

Lauren-Kavanaugh1

“Mereka memasang muzik kuat-kuat untuk menyembunyikan jeritan saya dan selepas itu saya dimasukkan semula ke dalam almari. Itulah rumah saya,’’ katanya.

Menurut Lauren, dia akan makan apa sahaja yang ditemuinya dan penderitaannya itu hanya berakhir apabila diselamatkan selepas bapanya membawa dia keluar sekejap dari rumah.

Lauren bernasib baik kerana jirannya melihat keadaannya lalu membuat laporan polis.

Pada 2001, Lauren telah dijadikan anak angkat oleh pasangan Sabrina dan Bill Kavanaugh.

Mulanya, Lauren menjadi trauma hinggakan dia akan menyorok makanan, takut diambil orang serta tidak tahu bermain dengan barang mainan.

Malah pemikirannya tidak sama dengan usianya dan Lauren akan cuba tidur di dalam almari setiap malam.

Namun, Lauren berjaya mengatasi trauma itu dan dia kini menjadi aktivis membantu mereka yang mengalami nasib yang sama dengannya.

Lauren juga bercadang memasuki universiti untuk mempelajari psikologi.

Sementara ibu dan bapa kandungnya pula telah dipenjara seumur hidup. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kejamKes dera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

02/06/2023
0

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd