• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DEIG: ADUN BN Selangor Kesal Tiada Siasatan, Tindakan

oleh AK-47
11/09/2015
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menyatakan kekesalan kerana mendakwa masih tiada sebarang siasatan atau tindakan pihak berkuasa terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang menimbulkan keraguan pelbagai pihak.

Setiausahanya Budiman Mohd Zohdi berkata pihaknya telah beberapa kali membangkitkan persoalan dan kebimbangan rakyat terhadap entiti baharu yang akan menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan diambil.

“Pihak berwajib sedia maklum akan isu yang dikatakan ketidakpatuhan dan pelanggaran kod etika dalam urus tadbir kerajaan negeri berkenaan DEIG, bukan sahaja sidang media, malah laporan polis juga telah dibuat.

“Namun, sangat jelas bahawa tiada satu pun tindakan telah diambil atau pun kelihatan akan diambil oleh agensi-agensi berwajib ini. Tinggalan ini adalah satu yang sangat dikesalkan kerana seolah-olah isu DEIG ini tidak penting dalam urusan pentadbiran negeri,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mendesak Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menjelaskan secara terbuka kewujudan sumbangan zakat RM2.5 juta daripada DEIG pada 12 Julai lepas, sedangkan menteri besar itu memberitahu bahawa entiti baharu yang ditubuhkan pada Disember tahun lepas itu masih belum beroperasi.

“Hal ini perlu dijelaskan oleh Menteri Besar memandangkan ia melibatkan pihak istana secara langsung, yang secara suci hati menerima sumbangan tersebut daripada DEIG. Apakah dimaksudkan oleh Menteri Besar sebagai ‘belum beroperasi’ ini? Mohon perjelaskan demi mengelakkan kekeliruan kepada rakyat,” katanya.

Penubuhan DEIG yang dimiliki sepenuhnya oleh MBI itu menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan kelemahan entiti baharu itu didedahkan demi kepentingan rakyat Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin dilaporkan berkata kewujudan DEIG telah diketahui semua ADUN Selangor sejak awal penubuhannya dan sebarang keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana maklumat mengenainya telah dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.

Mohamed Azmin juga dilaporkan berkata entiti yang ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri itu masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=iJpPvZPKePk

Tags: Azmin AliDEIG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd