• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Benarkan Perhimpunan Aman Di Padang Merbok

oleh Ahmad Albab
17/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi kebenaran kepada penganjur untuk menjalankan perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok yang dijangka berlangsung, Rabu ini.

“Saya hanya beri kebenaran untuk menggunakan Padang Merbok untuk berhimpun, itu sahaja, dan sila berhimpun dengan aman,” kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, surat kebenaran itu telah dikeluarkan oleh DBKL hari ini, dan beliau berharap agar pihak penganjur akan berhimpun dengan aman dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan agar mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan supaya mematuhi segala peraturan yang ada.

Beliau, yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata ekoran DBKL telah memberi kebenaran untuk menggunakan lokasi Padang Merbok mengadakan perhimpunan itu, ia diharap agar jalan raya di sekitar ibu negara tidak diusik oleh mana-mana pihak.

Tengku Adnan berkata sekiranya syarat dan peraturan diingkari, perhimpunan itu menjadi haram dan kelulusan akan dibatalkan serta-merta.

“Kalau anggota UMNO nak pergi, pergilahh…tapi mesti kena ikut undang-undang walau dia anggota UMNO, dia mesti kena ikut dan patuh pada undang-undang tersebut,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi RazakMas di sini hari ini.

Perhimpunan Rakyat Bersatu diketuai oleh Pesaka bersama 250 badan bukan kerjaaan lain yang diadakan sebagai membantah penganjuran himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=Lp78RsugEiM

Tags: DBKLPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd