• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Bandar KL Minta NGO Kendali Pusat Sehenti Gelandangan

oleh Ahmad Albab
16/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz mahukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengendali pusat sehenti gelandangan di Bulatan Pahang yang bakal siap penghujung tahun ini.

Beliau berkata tugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya menyiapkan projek bangunan, menguruskan penyelenggaraan dan mengawal keselamatan pusat tersebut.

“Tetapi urusan mentadbir gelandangan bukan terletak pada DBKL. Kalau ikut undang-undang pun, kami tidak boleh buat apa-apa kerana tugas menguruskan golongan gelandangan sebenarnya adalah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“DBKL sudahpun mengadakan pertemuan dengan JKM beberapa kali untuk berbincang mengenai perkara ini, tetapi JKM pun tidak ada sumber kewangan untuk kendalikannya, jadi saya mahu NGO untuk tampil dan kendalikannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 malam tadi.

Beliau mengharapkan NGO yang prihatin terhadap golongan gelandangan agar menggunakan pusat itu sebagai tempat untuk memberi perkhidmatan dan mengedarkan makanan.

“Kita nak kalau boleh NGO bagi makan dekat situ supaya ia kelihatan kemas. Kalau nak buat sampah pun hanya dalam pusat itu, bukan tepi-tepi jalan seperti yang berlaku sekarang, ia tak teratur,” kata Mhd Amin.

Beliau berkata projek untuk gelandangan itu yang dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) diharap dapat membantu golongan gelandangan menjalani kehidupan dengan lebih baik kerana pusat itu lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Program Bulan Rekabentuk Kuala Lumpur 2015 yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan depan berperanan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya unik, berimej dan kaya dengan budaya pelbagai bangsa untuk menarik minat pelancong serta pelabur.

“Acara julung kali ini diharap dapat mengembalikan keunikan seni dan rekabentuk negara amnya dan Kuala Lumpur khususnya melalui pelbagai program yang telah diatur dengan teliti sepanjang Oktober ini.

“Penganjuran program ini merupakan salah satu langkah dalam membantu negara untuk menarik pelancong datang,” kata Mhd Amin.

Beliau mahu Kuala Lumpur kembali tersenarai dalam pengiktirafan peringkat antarabangsa seperti New 7 Wonder Cities of The World dan 8th Most Visited City in The World. – BERNAMA

 

Tags: DBKLgelandangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

“Petak Parkir Boleh Dicari, Rasa Hormat Hilang Sukar Diganti” – DBKL Sindir Amalan Cop Parkir

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyindir sikap segelintir orang ramai yang gemar “mencop” tempat letak kereta di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd