• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Sudah Tidak Sabar Mahu Perintah Johor!

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menggesa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) supaya segera mengadakan mesyuarat bersama bagi menyusun strategi menawan negeri Johor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tanpa menyenaraikan PAS dalam kerjasama itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, perkara itu tidak boleh dilengahkan kerana Johor sudah hampir diperintah oleh parti pembangkang terutama DAP dalam PRU14.

“Lapan tahun lalu tiada siapa terfikir politik di Johor yang sekian lama dikuasai UMNO akan berubah.

“Perkara yang tidak terfikir itu berlaku pada PRU lalu. UMNO/Barisan Nasional (BN) tewas 18 kerusi di Johor. Malah empat kerusi Parlimen di Johor dimenangi DAP dan satu kepada PKR,” katanya dalam satu kenyataan ini.

Sehubungan itu, Kit Siang gembira kerana PAN Johor yang bakal menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam gabungan pembangkang ditubuhkan malam tadi.

Menurutnya, penubuhan PAN Johor merupakan langkah pertama unutk membolehkan pembangkang terutama DAP merampas Johor daripada UMNO.

“Ini langkah awal untuk memastikan Malaysia melaksanakan sosio ekonomi yang adil untuk semua.

“Syarat awal untuk menawan Putrajaya adalah dengan menawan Nusajaya,” katanya. – Mynewshub.cc

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

DAP Berhentilah Berselindung Di Sebalik Slogan ‘Kesamarataan’ – Mohamed Sukri

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar meminta DAP tidak berselindung di sebalik slogan 'kesamarataan' untuk mempertikaikan...

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

Veteran UMNO Desak Keluar Kerajaan, Sudah Lama Bersabar Dituduh Kuda Tunggangan DAP

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak parti itu membuat keputusan keluar dari kerajaan sekarang demi maruah Melayu dan parti. Setiausahanya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd