• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curiga Dua Jam Keluar Mandi

oleh Ahmad Albab
20/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Arau – Penuntut perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah kolej kediaman universiti itu, semalam.

Syarafina Mansor, 18, penuntut Diploma Sains Dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira 2 petang.

Rakannya itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula ke biliknya selepas keluar untuk pergi mandi.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mandi pada 12 tengah hari.

“Namun, apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syarafina sudah terbaring,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata, rakannya kemudian memanggil kakitangan pengurusan kolej kediaman itu sebelum membawa mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, menggunakan ambulana milik Pusat Kesihatan UiTM Perlis.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital pada 3.20 petang semalam. Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederan pada badan mangsa sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala,” katanya.

Beliau menjelaskan berdasarkan temubual dengan rakan mangsa, mereka mengakui bahawa Syarafina sering mengadu mengalami sakit di kepala sehingga kadangkala tidak dapat pergi ke kelas.

“Jenazah mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk dikebumikan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob Ku Hamad, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur jenayah. – myMetro Online

 

 

Tags: mautpelajar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anak Lelaki PM UAE Meninggal Akibat Serangan Jantung

Next Post

Polis Slovenia Bertempur Dengan Pelarian

Related Posts

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Next Post

Polis Slovenia Bertempur Dengan Pelarian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd