• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cederakan Pengawal Keselamatan: Penganggur Dipenjara 7 Bulan

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan tiga hari lepas.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Alias Awang, 46, dan memerintahkannya menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 1 Sept lepas.

Alias didakwa memukul Kasma@Nur Hayati Unggak, 47, berhampiran kafe Starbucks, Aras 3 Pavillion, Jalan Bukit Bintang di sini pada 9.50 pagi, pada 1 Sept.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuma penjara dan bukannya denda.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa ditumbuk dan ditendang oleh tertuduh selepas menegurnya supaya tidak mengganggu pelanggan yang minum di kafe berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah. – BERNAMA

Tags: Penganggurpengawal keselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

Zara Qairina Ditemui Tidak Sedar Diri, Tengkuk Berdarah – Pengawal Keselamatan

10/09/2025
0

KOTA KINABALU: Pengawal keselamatan memberitahu Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, beliau menemukan Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di dalam...

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd