Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Anggota JPJ Maut Kejar...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia akibat kemalangan...

Tanah Runtuh Di Genting...

KUANTAN - Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 4.2 iaitu jalan...

86 Polis Perak Terlibat...

LUMUT - Seramai 86 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak terbabit...

19 Maut Insiden Pengebom...

KABUL: Satu insiden pengebom bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di Kabul hari...

Wanita Bunuh Diri Kerana Tak Mampu Beli Motosikal Anak

BANTUL (Indonesia) – Seorang ibu yang tertekan kerana tidak mampu membeli motosikal untuk anaknya langsung bertindak membunuh diri sendiri dengan terjun ke dalam sungai.

Mayat Sarjimah, 47 tahun, yang hanya bekerja sebagai penjual sayur dijumpai terapung di sungai Progo kelmarin selepas terjun dari jambatan, lapor media tempatan pada Khamis.

Jurucakap polis, Sunarwan berkata, kemungkinan Sarjimah membunuh diri kerana terlalu tertekan selepas sering didesak oleh anak lelakinya itu untuk membeli sebuah motosikal.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, Sarjimah berjumpa ketua kampung bagi meminjam wang bagi membeli motosikal untuk diberikan kepada anaknya itu.

“Sarjimah memberitahu ketua kampung bahawa dia amat tertekan kerana sering didesak oleh anaknya untuk segera membeli motosikal.

“Bagaimanapun, Sarjimah pulang hampa kerana ketua kampung itu kebetulan memang tidak mempunyai wang yang cukup,” katanya.


Seorang jiran mangsa, Feri berkata, dia ada melihat Sarjimah menangis dan memberitahunya bahawa dia sudah putus asa.

“Sarjimah memberitahu dia sudah putus asa dan lebih baik mati,” katanya.

Polis percaya Sarjimah pergi ke jambatan sungai Progo pada awal pagi sebelum terjun ke dalam sungai. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=NjZLj9ZKr14

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori