• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4.0: Tun M Pun Dipanggil Polis – KPN

oleh
02/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dipanggil polis bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan haram Bersih 4.0 yang diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis juga akan menyiasat kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Dr. Mahathir semasa perhimpunan jalanan itu, selain kerana menghadiri perhimpunan tersebut.

“Kita akan panggil beliau… beliau telah membuat ucapan dan pelbagai tuduhan tertentu, kita pun hendak tahu dengan lebih lanjut apakah maksud beliau itu, serta dari mana maklumat itu diperoleh.

“Contohnya kenyataan Tun kata bahawa Ketua-ketua Bahagian UMNO telah dirasuah, jadi kita hendak tahu secara lebih lanjut… harap beliau pun boleh memberi kerjasama pada polis,” kata Khalid lagi.

Selain itu, pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan enam ‘orang kuat’ pertubuhan tidak berdaftar tersebut turut dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan mereka di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Rabu.

Tun M Barua DAP: Apa Nama Melayu Mudah Lupa?

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, di Pelabuhan Klang di sini pada Rabu.

Negarawan tersebut memeranjatkan pelbagai pihak apabila muncul secara tiba-tiba dalam perhimpunan tanpa permit itu dekat Dataran Merdeka pada lewat Sabtu dan kemudian di Pasar Seni pada petang Ahad.

Dr. Mahathir bagaimanapun mendakwa kehadiran beliau secara mengejut itu bukan menyokong pembangkang tetapi mahu bersama-sama rakyat Malaysia membantah kerajaan Barisan Nasional konon tidak demokratik.

Namun, pelbagai pihak mengutuk keras tindakan beliau itu kerana sepanjang 22 tahun memerintah negara, Dr. Mahathir paling lantang mengawal kebebasan rakyat termasuk demonstrasi haram. –  Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: Bersih 4.0
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd