• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasca Bersih 4.0 Dan Tujuh Kesannya

oleh AK-47
05/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKURANGAN penyertaan daripada penyokong berbangsa Melayu membuktikan bahawa pengaruh dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergugat angkara perhimpunan Bersih 4.0 tempoh hari, menurut analisis daripada timbalan ketua editor akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, atas sebab-sebab berikut:

Pertama: Kedudukan Najib dan UMNO tidak goyah sedikit pun pasca protes tersebut. Ini kerana, Najib memperoleh sokongan padu daripada UMNO dan UMNO pula masih memegang kepercayaan kumpulan Melayu konservatif. Oleh itu, jika sokongan Melayu konservatif tidak tergugat, maka kedudukan UMNO dan Najib juga akan terus utuh.

Kedua: MCA dan Gerakan sememangnya merupakan pihak yang rugi besar. Gara-gara rancangan untuk menjatuhkan Najib dan UMNO menemui kegagalan, pihak pembangkang pasti akan mengalihkan sasaran kepada MCA dan Gerakan pula untuk ‘melepaskan geram’. Kesan susulan pula adalah peti undian yang bakal menjadi mangsa pengundi berbangsa Cina untuk mengekspresikan rasa tidak puas hati mereka.

Ketiga: Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa perhimpunan itu diadakan ternyata gagal untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Penyertaan Tun M sememangnya bercanggah dengan prinsip beliau semasa memegang jawatan perdana menteri beberapa tahun lalu. Dalam sebuah perhimpunan yang didominasi oleh 70 ke 80 peratus kaum Cina, penyertaan Tun M boleh dianggap sia-sia sahaja. Bukan itu sahaja, malah beliau juga pernah dikritik hebat sebelum ini kerana telah mengkhianati UMNO dan kumpulan Melayu konservatif.

Keempat: Di mana Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim, yang merupakan ketua yang mengepalai perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini kini merana didalam kurungan sel penjaranya. Seruan Keadilan untuk memperjuangkan pembebasannya telah ditenggelami oleh bunyi vuvuzela yang ditiup bingit sepanjang perhimpunan itu berlangsung.

Kelima: Gerakan Harapan Baru, teruskan berharap. Selain kehadiran beberapa pemimpin GHB, hanya sekelumit sahaja penyokongnya yang hadir tanpa mobilisasi daripada PAS.

Keenam: Hadi Awang pasti sedang gelak besar sekarang apabila melihat percaturannya untuk tidak menyertai Bersih 4.0 sebagai provokasi buat DAP ternyata menjadi. Secara tidak langsung, tindakan beliau juga sedikit sebanyak membantu UMNO.

Ketujuh: Bersih 4.0 mungkin berjaya dari sudut jumlah kehadiran, namun gagal untuk menarik orang ramai daripada berbilang kaum. Kaedah ‘mendidik’ peserta untuk memijak gambar perdana menteri dan ulama serta mengejek-ejek bukanlah satu tindakan yang sivil. – MYNEWSHUB.CC

Bersih 4: Medan Cina DAP Gulingkan Kerajaan

https://www.youtube.com/watch?v=x5tO9tEKFA8

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd