• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Benar Sungguh Naluriku – Ujar Umie Aida Bila Suami Ditahan

oleh AK-47
25/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Naluri seorang isteri bagaikan dapat menjangkakan apa yang berlaku, begitulah yang dirasai aktres dan penerbit, Datin Umie Aida apabila suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang baru dibebaskan, ditahan semula oleh pihak polis pada Rabu.

Menerusi laman Instagramnya, Umie Aida semalam dilihat memuat naik luahan bayangan rasanya yang seakan-akan sudah dapat menjangka pembebasan suaminya tidak bertahan lama.

https://instagram.com/p/7-Cz65Ex0U/?taken-by=umieaida818

“Benar sungguh naluriku (tentang) apa yang bakal terjadi.

“Abang telah dibebaskan dari Akta 124C, (namun) tak sampai lima minit, abang telah ditahan semula untuk Akta 124K & 124L.. under Sosma. Subhanallah. #staystrong,” tulisnya.

Kapsyen yang dimuat naik itu sekali gus menarik perhatian ramai yang meluahkan rasa simpati dan menzahirkan kata-kata semangat agar Umie tabah mengharungi ujian itu.

Khairuddin yang merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang ditangkap semula sejurus dibebaskan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada hari yang sama sekitar pukul 4.40 petang.

Menurut peguamnya, Matthias Chang, Khairuddin ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan boleh ditahan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari di bawah akta itu.

Sebelum ini, dia ditahan reman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdahulu, Khairuddin dilaporkan dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – MYNEWSHUB.CC

Tags: UMIE AIDA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hugh Jackman Mahu Tom Hardy Ganti Jadi Wolverine !

Next Post

Dakwaan Ancaman Pengganas Di Ibu Kota, 3 Ditahan

Related Posts

“Dah Nampakkan Mana Sahabat, Mana Musibat” – Erma

14/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Selepas pelakon Datin Seri Umie Aida membuat luahan perasaan di Instagram miliknya gara-gara dikhianati sahabat baik, kakaknya...

Umie Aida Sindir Erra Fazira?

12/06/2019
0

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Seri Umie Aida mencetuskan spekulasi apabila mendedahkan dirinya terasa seperti dikhianati oleh seorang individu yang...

Next Post

Dakwaan Ancaman Pengganas Di Ibu Kota, 3 Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd