• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Timbalan MB Kelantan Datuk Ariffin Said Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ariffin Said meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pukul 3.45 pagi tadi. Beliau berusia 76 tahun.

Menantunya, Mohd Zamri Hassan, 53, berkata Allahyarham dimasukkan ke hospital itu kira-kira dua minggu lalu selepas mengadu sakit perut.

Beliau berkata Allahyarham hanya dikesan menghidap kanser berkenaan apabila mendapatkan rawatan di hospital itu kerana sakit perut kira-kira dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Bagaimanapun, kira-kira dua minggu lepas, Allahyarham kembali mengadu sakit perut dan anggota keluarga bawa beliau ke hospital sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pagi tadi,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Wakaf Baharu di sini.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Yong Arisa Abdullah, 54, lima orang anak termasuk tiga perempuan.

Solat jenazah diadakan di Masjid al-Ismaili, Wakaf Baharu di sini selepas solat Jumaat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lata.

Anak kelahiran Kampung Dewan Beta, Kota Baharu, itu menjadi Timbalan Menteri Besar Kelantan selama empat tahun dari 6 Mei 1982 hingga 11 Ogos 1986 selepas menang Pilihan Raya Umum ke-6 pada 1982 sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional bagi Manek Urai.

Walaupun memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Paloh pada Pilihan Raya ke-7, beliau tidak dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Besar apabila BN dan PAS bergabung menubuhkan kerajaan Kelantan.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 1988, Yang Dipertua Majlis Daerah Gua Musang pada 1991 dan Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) pada 1991. – BERNAMA

BHPLUS: Rawatan Kanser Pankreas di China

Tags: Kelantanmeninggal dunia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

37 Kawasan Catat Udara Sederhana Setakat 11 Pagi

Next Post

Menantu Dan Bapanya Didakwa Pukul Ibu Mentua

Related Posts

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat Meninggal Dunia

11/07/2025
0

KUALA LANGAT: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Rozana Kamarulzaman, 56, meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis pada jam...

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

PM ke-5 Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

14/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini....

Next Post

Menantu Dan Bapanya Didakwa Pukul Ibu Mentua

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd