Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

36 Wanita Asing Terlibat...

JOHOR BAHRU - Polis Johor menahan 36 wanita asing kerana disyaki terbabit dengan...

Sirul Dipenjara Di Australia.....

TERTUDUH kes bunuh wanita Mongolia, Sirul Azhar Umar yang kini ditahan pihak Imigresen...

Jemaah Haji Terkandas: 17...

Sepang : Sehingga jam 4.30 pagi tadi, polis sudah menerima 17 laporan berkaitan...

Annuar Musa Dipecat, Ahmad...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Bekas Kekasih Jim Carrey Bunuh Diri Kerana Putus Cinta?

BEKAS kekasih kepada aktor serta pelawak Hollywood terkenal, Jim Carrey telah ditemui mati di dalam rumahnya pada malam Isnin lalu.

Pihak berkuasa memberitahu sumber, Jabatan Polis Los Angeles mengesahkan mayat Cathriona White, 28 tahun; telah dijumpai mati di kediaman oleh dua rakannya yang mahu memeriksa keadaannya.

Cathriona dipercayai telah membunuh diri dan mati akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

screen-shot-2015-09-29-at-7-13-480w-2

Mangsa yang dilaporkan baru berpisah dengan Jim pada 24 September lalu telah meninggalkan nota bunuh diri yang ditujukan kepada aktor komedi tersebut.

Wanita terbabit juga telah memuat naik satu status di laman makro Twitternya sebagai petanda bahawa dia akan ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Screen-Shot-2015-09-29-at-16.59.14


Pelawak terkenal itu yang juga terkejut dengan kejadian itu telah melahirkan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat-handainya.

“Dia adalah ‘bunga’ kelahiran Ireland yang begitu baik serta lembut, terlalu sensitif untuk tanah di sini. Semua yang menyayangi serta disayangi adalah gemerlapan dalam hidupnya.”

“Saya turut simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan serta semua yang sayang dan mengambil berat terhadapnya. Ini adalah dugaan buat kita semua,” kata aktor berusia 53 tahun itu.

Jim dan Cathriona mula berpacaran pada tahun 2012, namun berpisah beberapa bulan kemudian. Walau bagaimanapun, mereka berdua kembali menjalinkan hubungan pada Mei lalu dan berpisah 24 September lalu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

jim-carrey-cathriona-white-today-150929_d30bba9d91c8839ca924feb67a232d8a.today-inline-large

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori