• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Didakwa Menghasut

oleh Ahmad Albab
09/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Bendahari Dewan Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebut kata-kata menghasut berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri protes jalanan #KitaLawan.

Mohd Fakhrulrazi yang juga penceramah bebas membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.

Mohd Fakhrulrazi, yang juga Orang Kena Saman (OKS) didakwa menyebut kata-kata menghasut itu di hadapan Kompleks Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 4.30 petang, 21 Feb lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhd Ilmami Ahmad menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan memohon supaya pasport OKS diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili Mohd Fakhrulrazi membantah permohonan pendakwaan supaya pasport OKS diserahkan kepada mahkamah dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama ketika dipanggil memberi keterangan di balai polis dan hadir secara sukarela di mahkamah hari ini.

“Ini menunjukkan bahawa tidak ada sebarang indikasi OKS akan melarikan diri dan tidak memberi kerjasama kepada mahkamah,” katanya.

Mengenai jumlah jaminan yang ditawarkan oleh pendakwaan, Noorazmir berkata kesalahan yang dihadapi anak guamnya tidak melibatkan kesalahan jenayah seperti merompak dan sebagainya yang memerlukan jumlah jaminan tinggi.

“OKS yang merupakan penceramah bebas hanya memperoleh pendapatan berdasarkan sumbangan sukarela daripada pihak yang menjemputnya untuk memberikan ceramah dan dalam kes ini jaminan sebanyak RM1,000 adalah memadai,” katanya.

Muhd Ilmami pula berkata jumlah jaminan yang ditawarkan sebanyak RM3,000 adalah kecil, munasabah dan wajar dan memohon jumlah itu dikekalkan, namun mengenai pasport OKS ia terpulang kepada budi bicara mahkamah.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan OKS diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Dis untuk sebutan kes. – BERNAMA

Tags: hasutanPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

Tuan Ibrahim Seru UMNO, PAS Kembali Bersama Muafakat Nasional 2.0

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini secara terbuka menyeru kepada pembentukan gagasan...

Fadhli Shaari Bayang Kerjasama Pas-Bersatu Sudah Berakhir

Fadhli Shaari Bayang Kerjasama Pas-Bersatu Sudah Berakhir

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menyarankan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergerak berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd