• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bancian Majoriti Pembaca Kami Mahu TMJ Terajui FAM

oleh
16/01/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIARPUN baharu sahaja Mynewshub melakukan bancian secara atas talian sejak Isnin lalu, nampaknya populariti Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memang jauh amat popular di Malaysia.

Setakat ini lebih 1,100 pembaca portal berita ini telah mengundi dan hasilnya memang dahsyat, kira-kira 85 peratus daripadanya menyokong jitu baginda menjadi presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Manakala hanya sebilangan kecil pembaca tidak bersetuju anakanda sulung Sultan Johor ini ambil alih jawatan tertinggi badan induk bola sepak kebangsaan daripada penyandang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dari segi amalan perangkaan atau sains statistik, angka melebihi 1,000 undian sebenarnya sudah boleh boleh dianggap sebagai signifikan dan ia dicapai tidak sampai lima hari proses bancian online tersebut dimulakan.

Mynewshub sendiri tidak menduga sokongan tinggi pembaca ke atas TMJ amat kuat susulan kekalahan teruk dan memalukan skuad Harimau Malaya 0-10 ke atas Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi pada minggu lalu.

Baca: Bukan Ultras Malaya Malukan Malaysia – TMJ

attn amree FAM

Baca: Saya Akan Bersihkan FAM Jika Diminta Jadi Presiden – TMJ

Ini ditambah lagi kenyataan terbuka dan berani baginda yang membayangkan akan mengambil masa setengah tahun bagi ‘membersihkan’ FAM secara drastik jika diberi peluang mentadbir persatuan sukan berkenaan.

Kepada FAM, barang kali bancian ini tidak memberi apa-apa makna pun, namun sentimen rakyat khasnya peminat tegar pasukan kebangsaan mahukan perubahan juga tidak boleh diambil ringan begitu sahaja.

Lihatlah sendiri bagaimana TMJ pernah mengemudi skuad JDT yang suatu ketika entah apa-apa, tetapi kini menjadi kebanggaan majoriti anak jati Johor untuk berasa megah dengan slogan popular Luaskan Kuasamu!

Begitu juga corak pengurusan baginda berjaya mengubah suai landskap Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin yang dahulunya usang sunyi sepi kini lebih moden dan meriah sesak dipenuhi ramai penyokong Harimau Selatan.

Ketegasan TMJ dalam soal disiplin juga diakui apabila kelab penyokong terkenal, Inter Johor Firms akur dibubarkan gara-gara insiden samseng stadium atau hooliganisme yang mencemarkan imej skuad JDT akhir tahun lalu.

Mungkin belum terlambat FAM menilai semula kelemahan ketara organisasi itu yang teruk dikritik ramai sehingga kemuncaknya menyaksikan insiden kekecohan perlawanan Malaysia-Arab Saudi pada Selasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd