• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tiada Hak Ganggu Najib Hanya Sebab Artikel WSJ, NYT

oleh
26/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENULIS bertanya: Mengapakah akhbar-akhbar Amerika Syarikat (AS) terus menerbitkan artikel fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila asas artikel ini telah dinafikan sendiri oleh FBI?

SURAT DARIPADA RAKYAT:

Sejak beberapa hari lalu, New York Times (NYT) dan Wall Street Journal (WSJ) – yang kebetulan surat khabar adik-beradik dimiliki oleh ‘baron media’ Sir Rupert Murdoch – telah menerbitkan cerita-cerita yang tidak berasas.

Mereka dengan angkuh mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sedang menghadapi siasatan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan mungkin ditangkap oleh pihak kerajaan AS.

WSJ adalah media AS yang pertama melaporkan bahawa FBI telah memulakan siasatan terhadap dakwaan pengubahan wang haram, kononnya memetik sumber-sumber tertentu.

Akhbar ini, yang mendakwa diri mereka sebagai harian kewangan, melaporkan bahawa siasatan FBI itu ada kaitan dengan dakwaan konon dibuat bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan.

Beliau secara kebetulan telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia pada minggu lalu di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.

Ironi memeranjatkan, WSJ juga melaporkan dalam artikel sama: “Jurucakap FBI di New York  berkata tiada ejennya telah diatur untuk bercakap dengan Khairuddin atau ada apa-apa hubungan sebelumnya dengan dia.”

Jika benar, mengapakah WSJ kemudian terus menerbitkan artikel yang jelas berunsur fitnah terhadap PM Najib apabila asas artikel ini sendiri telah dinafikan oleh pejabat FBI?

Keesokan harinya, NYT menerbitkan satu artikel mendakwa seorang juri besar persekutuan di AS telah memeriksa dakwaan rasuah yang melibatkan PM Najib – dengan mendakwa dua sumber yang tidak dinamakan.

Siasatan itu konon dikendalikan unit Jabatan Kehakiman yang menyiasat rasuah antarabangsa. Kemudian, yang memeranjatkan, NYT juga melaporkan dalam artikel sama: “Jurucakap Jabatan Kehakiman enggan mengulas.”

Menariknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – yang akhir-akhir ini telah menjadi pengkritik hebat PM Najib secara tetap – telah dilaporkan berkata Najib mungkin akan ditangkap oleh ejen FBI.

Namun begitu, Dr Mahathir kemudian berubah nada apabila mengakui pula: “Itu hanya suatu kemungkinan berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa pada ketika ini.”

Dengan ketiga-tiga sumber utama yang dianggap berwibawa pun boleh bercanggah kenyataan sesama sendiri selepas membuat tututan yang sensasi – tetapi tidak berasas – ia membuat kita rakyat Malaysia tertanya-tanya.

Kenapakah semua ini kebetulan boleh berlaku sekarang dan siapakah dalang di belakang yang mengadu-domba sistem keadilan AS terhadap pemimpin pilihan rakyat di Malaysia?

Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak berani di luar sempadannya hanya dalam dua jenis aktiviti sahaja – penyeludupan dadah dan jenayah perang, termasuk serangan keganasan oleh kumpulan ekstremis.

Dan tiada seorang yang waras pun boleh mengaitkan Najib ke dalam aktiviti-aktiviti ini. - SHANTI RAMACHANDRAN, Kuala Lumpur

– Mynewshub.cc/HAA

Tags: Najib Tun RazakWall Street Journal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd