• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Yakin Muncul Agensi Maritim Terbaik Dunia Menjelang 2040

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yakin mampu menjadi sebuah agensi maritim terbaik dunia berdasarkan pelan strategik jangka panjang dirangka menjelang 2040, selain pencapaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata keyakinan itu mengambil kira kejayaan dicapai agensi berkenaan dalam penguatkuasaan maritim negara, termasuk menurunkan indeks jenayah maritim ke tahap 2.5 peratus sehingga Disember 2014, berbanding 48 peratus pada 2006.

“Selain itu, APMM juga berjaya menangani kes berprofil tinggi termasuk enam kes rompakan melibatkan jenayah rentas sempadan dengan 40 perompak berjaya ditahan dan didakwa di mahkamah.

“Bagi kes melibatkan rompakan kapal tangki Orkim Harmony yang didalangi perompak warga Indonesia, kita sudah selesai menjalankan siasatan dan kini dalam proses permohonan untuk mengekstradisi mereka ke negara ini bagi tujuan pendakwaan,” katanya.

Mohd Amdan berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perbarisan Persaraan beliau di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) Gebeng, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Fuzi Ab Kahar.

Mohd Amdan berkata hasil kejayaan itu membuka mata negara luar untuk bekerjasama dengan APMM dari sudut perkongsian maklumat dan latihan, antaranya Indonesia yang menjadikan agensi itu sebagai model menubuhkan Badan Keamanan Kelautan Indonesia (Bakamla) sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim negara berkenaan.

“Penubuhan Cawangan Siasatan Jenayah Maritim juga dilihat sebagai satu langkah mengukuhkan proses siasatan kes khususnya kes berprofil tinggi melibatkan dadah, penangkapan ikan secara haram, pemerdagangan manusia dan rompakan laut,” katanya.

Beliau berkata sebagai agensi berperanan menjadi penyelaras Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Maritim Kebangsaan, APMM berjaya menyelamatkan 3,889 mangsa atau 80 peratus, manakala jumlah harta diselamatkan mencecah 91 peratus atau lebih RM100 juta, setakat ini.

“Keupayaan APMM dalam memastikan keselamatan di laut diperkukuhkan dengan penggunaan sistem bantuan SAR berteknologi satelit, Cospas-Sarsat sekali gus meletakkan negara ini sebaris dengan negara maju lain.

“Agensi ini juga akan diperkuatkan dengan perolehan aset baharu yang bakal diterima pada 2016 secara berperingkat termasuk enam kapal ronda, enam meriam dan dua sistem pengawasan laut,” katanya.

Beliau berkata penambahbaikan sumber manusia juga akan dipertingkatkan melalui elaun dan insentif termasuk insentif penerbangan, pasukan tindakan khas, penyelam dan tukang elaun pegawai penyiasat, insentif Sabah dan Sarawak serta insentif pemeriksaan kapal terbang yang sudah dimohon untuk kelulusan.

Dalam pada itu, Mohd Amdan yang bakal menamatkan perkhidmatan dalam APMM pada 9 Sept ini, berkata sepanjang menerajui agensi itu sejak 5 Mei 2008, APMM menerima dua anugerah antarabangsa.

“Anugerah itu termasuklah Anugerah Emas atas kecemerlangan dan prestij organisasi daripada Business Initiative Directions di New York pada 2012 dan Anugerah Keselamatan Maritim Asia Pasifik daripada Frost and Sullivan di Singapura pada 2009,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imigresen Kedah Tahan 19 Pati Dalam ‘Ops Sapu’ Di Alor Setar & Langkawi

Next Post

WhatsApp Bongkar Komplot Jahat Sarawak Report Guling PM

Related Posts

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

Laskar Kanan APMM Didakwa Terima Wang Tunai RM10,700

09/12/2024
0

Johor Bahru : Seorang Pegawai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini atas enam...

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

Pegawai APMM Pertingkat Teknik Penahanan di Perairan

17/02/2023
0

KUALA LUMPUR, 17 Feb -- Seramai 18 tenaga pengajar dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengikuti latihan menangkap penjenayah...

Next Post

WhatsApp Bongkar Komplot Jahat Sarawak Report Guling PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd