Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada...

Wanita Separuh Bogel Serbu...

BALAI polis di Ahmedabad dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang tanpa rasa malu, dengan...

Ajai Minta Nurul Wahab...

SEPERTI semua maklum, jodoh antara Ajai dan Nurul tidak berpanjangan apabila pasangan ini...

Ahli Perniagaan Warga Iran...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Iran hari ini minta dibicarakan di Mahkamah...

APMM Tahan 2 Kapal Pindah Minyak Secara Haram

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal asing berserta 12 anak kapal dipercayai terlibat dalam melakukan pemindahan minyak secara haram di Tanjung Pengerang, Kota Tinggi, awal pagi semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata pihaknya menahan kedua-dua kapal itu kira-kira 1.8 batu nautika tenggara Teluk Ramunia pada 1.10 pagi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata kedua-dua kapal berkenaan ditahan ketika anak kapalnya cuba memindahkan 500 tan metrik minyak jenis Marin Fuel Oil dari satu kapal ke kapal yang lain.

“Kami menahan 12 orang termasuk kapten dan ketua jurutera kapal. Mereka terdiri daripada tujuh warga Myanmar dan lima warga Indonesia,” katanya.


Amran berkata mereka gagal mengemukakan sebarang permit serta dokumen berkaitan pemindahan minyak selain gagal memaklumkan ketibaan kapal dan membayar dius api ketika berada di perairan Malaysia.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 491B (1)(k) dan Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu melakukan pemindahan minyak tanpa kebenaran serta Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu berlabuh tanpa kebenaran tanpa memaklumkan kepada pengarah laut dan gagal membayar dius api. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori