• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Lanjutkan Operasi SAR Mangsa Bot Karam Di Sabak Bernam

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di Perairan Sabak Bernam Khamis lepas walaupun jumlah mangsa yang ditemui melebihi daripada anggaran sebelum ini.

Ketua Pengarahnya, Laksama Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata, jumlah awal mangsa insiden itu dianggarkan antara 60 hingga 80 orang yang terlibat menaiki bot pancung sepanjang 12 meter itu.

“Setakat ini sebanyak 61 mayat dan 20 mangsa yang selamat telah dinaikkan menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 81 penumpang.

“Kita perlu mendapatkan kesahihan daripada mangsa yang selamat berapa sebenarnya penumpang terlibat. Kita kena buat kepastian secepat mungkin atau seboleh-bolehnya hari ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan sempena persaraan beliau di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas) Gebeng dekat sini Isnin.

Dalam tragedi awal pagi Khamis lalu, bot pancung yang dinaiki kira-kira 70 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia karam kira-kira 16.2 kilometer dari perairan Selangor, Tanjung Sauh.

Difahamkan, kesemua mangsa berlepas menaiki bot itu dari Kuala Sungai Bernam kira-kira pukul 12 tengah malam menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

Mohd Amdan berkata, operasi SAR cuma akan diberhentikan sekiranya pihaknya telah berpuas hati dan mendapat kesahihan jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Sementara itu dalam perkembangan kes kapal tangki MT Orkim Harmony yang dilarikan lapan lanun ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan pada 11 Jun lepas beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Vietnam dan Indonesia berikutan beberapa kekangan.

“Setakat ini belum ada persefahaman antara ketiga-tiga negara (Indonesia, Malaysia dan Vietnam) untuk sama-sama bersetuju menghantar lapan suspek tersebut ke Malaysia. Bagaimanapun, perbincangan akan diteruskan,” katanya.

Kata Mohd Amdan, siasatan kes berkenaan hampir selesai dan semua bukti telah dikumpulkan untuk dibawa kepada pihak pendakwaan.

“Kini kita hanya menunggu keputusan pihak Vietnam untuk mengekstradisi kelapan-lapan suspek tersebut untuk dibicarakan di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMMbot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd