• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Dakwa Tak Dapat Jumpa Peguam

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Banduan Penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara kerana meliwat lelaki lain mendakwa dia tidak dibenarkan berjumpa dengan peguamnya untuk urusan mahkamah.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, peguamnya disekat daripada menjalankan tugas disebabkan halangan itu sedangkan dia yang kini merengkok dalam penjara masih terlibat dalam 16 kes sivil dan jenayah.

“Saya amat kesal dengan keputusan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr, Ahmad Zahid Hamidi yang menyekat perjumpaan peguam-peguam dengan saya bagi tujuan perjalanan kes-kes di Mahkamah.

“Ini adalah suatu pelanggaran hak saya mendapatkan nasihat guaman dan menghalang tugas dan tanggugjawab peguam-peguam saya,” rintihnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari ini.

Anwar mendakwa, antara peguamnya yang dihalang daripada menjalankan tugas adalah Datuk S.Ambiga yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan besar-besaran bagi menjatuhkan kerajaan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu,

“Mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan saya walaupun mereka perlu mengambil arahan mengenai kes-kes Mahkamah yang akan berlangsung pada 15 September dan 5 Oktober masing-masing.

“Sebelumnya, peguam dihalang berjumpa walaupun ada afidavit untuk diikrarkan pada kadar segera. Hormati undang-undang dan proses Mahkamah dengan membenarkan peguam jalankan tugas dengan sempurna dan tanpa gangguan,” kata Anwar lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

Anwar Bukan Cerita Gali Gas Di Negeri Sembilan, Tapi Di Turkmenistan

18/07/2026
0

Oleh Mynewshub  Anwar Ibrahim memang bercakap mengenai projek penggalian gas ketika berada di Seremban, tetapi lokasi projek itu ialah Turkmenistan...

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

PMX Anwar Sudah Telefon Wakil Orang Asli

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan membantu mencari penyelesaian terhadap pertikaian tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd