• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anu Kanak-Kanak Putus Digigit Kuda

oleh Ahmad Albab
29/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZHYTOMYR OBLAS (Ukraine) - Kemaluan seorang kanak-kanak berusia enam tahun putus selepas digigit kuda peliharaan keluarganya.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu menunggang basikal melintasi depan kuda betina berkenaan.

Menurut laporan, kuda itu menyerang mangsa secara tiba-tiba, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh sebelum ia menggigit kemaluannya.

Mangsa meraung kesakitan sambil berlari menuju ke arah bapanya.

Lelaki itu berkata, dia bernasib baik kerana menemui semula bahagian kemaluan anaknya yang terputus.

Kejadian aneh itu berlaku di wilayah Zhytomyr Oblas di utara Ukraine.

Si bapa yang terkejut dengan kejadian itu berkata: “Saya memberi makan kepada kuda lain apabila mendengar anak saya menjerit: ‘Dia gigit saya, dia gigit saya.’

“Saya memegang kemaluannya untuk menghentikan pendarahan dan menelefon ambulans.”

Mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menjalani pembedahan kecemasan.

Doktor Igor Vishpinsky yang merawat kanak-kanak itu berkata, dia berdepan dengan pelbagai kes rumit sejak beberapa tahun lalu, tetapi kes kemaluan digigit kuda adalah yang paling aneh.

“Sebelum ini, kami menerima pesakit yang putus jari kerana digigit kuda atau sebagainya.

“Tetapi, ini kali pertama pesakit datang dengan kemaluan terputus kerana digigit kuda,” katanya.

Pakar bedah berjaya mencantumkan kemaluan itu, tetapi memerlukan masa untuk menentukan sama ada pembedahan itu berjaya atau sebaliknya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=jnzZ1Yjt1x4

Tags: Kudazakar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Next Post

Polis Belum Terima Notis Untuk Perhimpunan 16 September

Related Posts

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan

28/04/2020
0

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka. Bagi yang beragama...

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara 39 Bola Magnet

06/02/2019
0

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 39 bola magnetik daripada kemaluannya. Dia...

Next Post

Polis Belum Terima Notis Untuk Perhimpunan 16 September

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd