ANAK perempuan lagenda muzik The Beatles Sir Paul McCartney, Mary McCartney, 46, telah diberi kepercayaan membidik foto rasmi terbaru pemerintah United Kingdom, Ratu Elizabeth II.
Di usia mencecah 89 tahun, Ratu Elizabeth II mencipta rekod menjadi pemerintah monarki paling lama dalam sejarah selama 63 tahun.
Gambar baginda telah dirakamkan Julai lalu di Istana Buckingham.
Diberi peluang mengambil foto Ratu Elizabeth II, Mary menyatakan keterujaannya yang sememangnya sangat mengagumi ketokohan baginda.

“Membesar di bawah pemerintahan Ratu Elizabeth II, ia merupakan satu pengalaman dan peluang keemasan bagi saya untuk merakam gambar baginda bagi tujuan bersejarah itu,” katanya memetik portal People.com. – MYNEWSHUB.CC
Queen Elizabeth II – Biography and Life Story.
https://www.youtube.com/watch?v=R74_gpvGjS0