• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Kecil Main Api: Teater Bangsa Sempena Hari Malaysia

oleh AK-47
15/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH produksi teater yang semakin meningkat naik, Anomalist Production yang sebelum ini pernah mementaskan teater Skrip Untuk Ali, kini tampil mempersembahkan Teater Bangsa: Anak Kecil Main Api yang berteraskan semangat nasionalisme.

Bersempena dengan ulang tahun Hari Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 September, teater yang diarahkan oleh Pengarah Urusan Anomalist Production, Khairi Anwar, ini ternyata sesuatu yang berbeza dengan konsep teater yang pernah dipentaskan sebelum ini.

Menjadikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 sebagai jalan cerita utama, teater ini bakal membawa penonton menyelusuri tiga zaman dan generasi berbeza menerusi kehidupan dua watak utamanya, Manan dan Rizal.

Teater yang berkonsepkan perjuangan orang Melayu tanpa melibatkan unsur politik ini juga akan menampilkan dua karakter berbeza daripada dua watak utama tersebut.

Mengagumi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairi, 23, mula mencerna idea serta ilham untuk menghasilkan teater sebegini selepas mendapat inspirasi daripada ibunya yang juga seorang bekas wartawan politik.

“Tun M pernah berkata, beliau mampu mengubah banyak perkara dalam Malaysia, tetapi suatu perkara yang tidak mampu diubahnya adalah mentaliti orang Melayu.

“Saya percaya, melalui seni persembahan dan teater, mentaliliti orang Melayu mampu untuk dicorak dan tidak mustahil diubah kearah pemerkasaan bangsa yang lebih proaktif dan positif,” katanya.

photo 1 (6)
Pengarah Teater Bangsa: Anak Kecil Main Api, Khairi Anwar

Jadi, kepada penggemar seni pentas teater serta pencinta teater berkonsepkan nasionalisme, segera dapatkan tiket untuk menyaksikan pementasan Anak Kecil Main Api ini untuk ketahui kesudahan jalan ceritanya.

Ia bakal mengimbau nostalgia dan kenangan lama serta keunikan bangsa yang ada dalam negara harmoni Malaysia ini.

Butir-butir terperinci mengenai tarikh, tempat dan tiket untuk menyaksikan teater ini boleh rujuk di bahagian bawah ini:

Teater: Anak Kecil Main Api (Teater Bangsa)

Tempat: Blackbox, Damansara Performing Arts Centre (DPAC)

Tarikh: 18 September (8.30 malam),  19 September (3.30 petang dan 8.30 malam) dan 20 September 2015 (3.30 petang dan 8.30 malam)

Tiket: RM35 (umum) RM28 (pelajar)

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan tiket, boleh menghubungi Cik Nisa Othman di talian 017-9386764 atau Deja Adil di talian 014-2637010. – MYNEWSHUB.CC

Poster Bangsa

Tags: Bangsateater
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

22/08/2022
0

Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang, perlu dipertanggungjawabkan atas kenyataannya mengaitkan faktor bangsa dan agama dengan amalan rasuah, kata pertubuhan pemantau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd