• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amoi Bersih 4.0 Bagi Botol Wuduk Peserta Islam Kecoh

oleh
06/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang pernah berpeluang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji, pasti sudah biasa melihat botol penyembur air diberikan kepada jemaah bagi berwuduk di kawasan wukuf di Arafah jika berlaku kecemasan.

Menurut ajaran Islam fahaman Ahli Sunah wal Jamaah dan mazhab Shafie, botol air itu hukumnya harus apabila darurat terutama kalau terputus sumber bekalan air atau sakit gagal bergerak ke tempat wuduk yang agak jauh.

Malah, semua hospital kerajaan dan swasta yang patuh Syariah di Malaysia turut membekalkan botol kecil itu untuk kegunaan pesakit Muslim dapat menunaikan solat di katil masing-masing tanpa perlu berjalan ke surau.

Itu kes istimewa yang dibenarkan waima jika berada di padang pasir, tengah berperang atau kawasan yang langsung tiada sumber air, orang Islam bahkan boleh tayyamum dengan menjadikan tanah sebagai ganti air.

Malangnya, perhimpunan haram Bersih 4.0 cuba ‘menghina’ konsep Taharah dalam isu fiqah ibadah itu apabila tersebar gambar-gambar menunjukkan wanita bukan Islam tersenyum agih botol wuduk untuk orang Islam.

wudhu1

Dengan selamba memegang plakad tertera ayat ‘Air Sembahyang Wudhuk Ada Di Sini’, foto wanita itu menjadi viral menerusi media sosial apabila sengaja cuba diperbesar-besarkan peserta Bersih 4.0 pada minggu lalu.

Ia kononnya membuktikan keprihatinan golongan bukan Islam sanggup memberi botol air mineral bagi dijadikan wuduk untuk menunaikan solat dan juga kononnya perhimpunan itu dihadiri ramai peserta beragama Islam.

Ini menyebabkan penganjur sibuk menyediakan bekalan air sembahyang sebagai ‘promosi’ tanda terima kasih kepada umat Islam yang kononnya penuh sesak membanjiri demonstrasi jalanan tanpa permit pihak polis itu.

Walhal semua tahu, Bersih 4.0 yang berlangsung dua hari itu gagal dapat sambutan apabila hanya dihadiri 20,000 peserta dan lebih teruk bilangan orang Islam pun hanya sekitar 10 peratus sahaja ekoran teruk diboikot oleh Pas.

Malangnya tanpa disedari, tindakan kumpulan itu nyata bukan sekadar menghina Islam, bahkan boleh diragui dari segi hukum syarak memandangkan keadaan bukanlah bertaraf darurat sampai perlu ambil wuduk dalam botol.

wudhuk bersih

Secara kebetulan, jarak Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid India, Masjid Negara; malah surau memang banyak ada di sekitar kawasan perhimpunan haram itu termasuk di Pasar Seni dan Balai Polis Dang Wangi sendiri.

Tidak hairanlah seorang netizen menyelar aksi wanita terbabit dengan menulis: ‘Amoi bagi air sebotol untuk wuduk kecoh post dalam Facebook, masjid ada air untuk wuduk hari-hari imam pun tak kenal mana satu’.

Teguran Muhammad Haji Noh itu ada benarnya kerana apa alasan perlu guna botol padahal ada masjid/surau berdekatan selain bukanlah dalam situasi kemarau teruk sehingga Sungai Klang/Gombak habis kering kontang!

Dari segi syarak, apabila ada bekalan air dan bukan darurat, maka ‘termansuh’ peraturan wuduk secara botol serta tidak timbul alasan sesak ramai orang kerana jika mahu dikatakan ramai, Masjidil Haram lagilah penuh orang.

Adakah ini salah satu strategi halus dan agenda tersirat musuh Islam untuk ‘menghancurkan’ minda umat Islam tanpa disedari khasnya generasi muda hanya kerana perasaan bencikan pihak kerajaan? – Mynewshub/HAA

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd