Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Kalau Tak Cukup Ilmu,...

BARU-BARU ini posting seorang bapa yang dikenali sebagai Rabie Razak di akaun Facebooknya...

Peti Simpanan Mayat Tak...

KUALA LUMPUR - Kadar kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Malaysia akhir-akhir ini...

Diam-Diam.. ‘Pamela Anderson’ Malaysia...

DIAM-DIAM, rupanya empunya diri yang pernah mendapat jolokan 'Pamela Anderson Malaysia' iaitu Lana Nodin...

Keputusan Najib Boleh Panggil...

KUALA LUMPUR - Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk memanggil pakar tulisan tangan...

AMMTC Ke-10: Penglibatan Rakan Dialog Penting

KUALA LUMPUR – Penglibatan tiga rakan dialog ASEAN iaitu China, Jepun dan Korea Selatan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-10 adalah penting bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah rentas sempadan di rantau ini.

Menjawab soalan mengenai kepentingan penglibatan mereka, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata penyertaan mereka akan membantu, antara lain, dalam aspek pembangunan kapasiti pegawai-pegawai dari negara anggota ASEAN.

“Kita juga sangat berpuas hati dan berbangga kerana negara-negara ini banyak memberi kerjasama dalam menangani isu ini dan bertukar maklumat berkait dengan aspek pembangunan kapasiti terhadap pegawai dari negara ASEAN dengan negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan mengenai Jenayah Rentas Sempadan (SOMTC) untuk AMMTC ke-10 di sini Isnin.

AMMTC yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok, bakal menyaksikan sesi Konsultasi AMMTC+3 ke-7, Konsultasi AMMTC+China ke-4 dan Konsultasi AMMTC+Jepun ke-2.

Mesyuarat Menteri-Menteri Khas ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisme dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE), juga dijadualkan dirasmikan oleh timbalan perdana menteri pada Jumaat.


Mengulas lanjut, Alwi berkata, persediaan SOMTC pada AMMTC yang berakhir hari ini, antara lain, menyentuh mengenai lapan bidang jenayah rentas sempadan yang akan dibincangkan pada AMMTC esok, termasuk jenayah berkaitan ekonomi, pengubahan wang haram, penyeludupan senjata, jenayah siber dan kegiatan lanun laut.

“Selain daripada lapan bidang yang akan dibincangkan esok, kita juga bincangkan tadi mengenai dua perkara baharu yang akan dimasukkan ke dalam lapan bidang sedia ada iaitu penyeludupan hidupan liar dan kayu balak,” katanya.

Ditanya sama ada isu IS dibincangkan ketika sesi tersebut, beliau berkata topik itu tidak dibangkitkan, tetapi delegasi berbincang mengenai keganasan secara amnya.

Alwi berkata AMMTC dijangka akan menerima pakai dua deklarasi iaitu Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Jenayah Rentas Sempadan dan mengenai Pergerakan Orang Tidak Teratur di Asia Tenggara.

Deklarasi pertama mencerminkan komitmen yang diperbaharui dan berterusan dalam memerangi jenayah rentas sempadan seperti mana yang digariskan dalam Deklarasi ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan pada 1997 dan dalam deklarasi kedua, ia memaparkan mengenai penyeludupan manusia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori