Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Buruh Nafi Rogol Remaja...

Chukai: Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen...

[RASMI] Sheikh Umar Gagal...

JOHOR BAHRU : Calon DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali gagal mempertahankan kerusi Dewan...

Peminat Kesal, Marion Sokong...

SEPERTI diketahui umum, bekas bapa tiri sosialit terkenal Kim Kardashian, Bruce Jenner sudah...

Anak Che Ta Tayang...

ANAK muda zaman sekarang ni ramai yang masih bersekolah pun sudah ada kekasih...

Alat Cuci, Kering Rambut Guna Topi Keledar

SICHUAN – Seorang lelaki di China yang melihat kesukaran neneknya yang lumpuh untuk mencuci rambut mendapat idea untuk mencipta alatan yang mampu memudahkan proses itu.

Chen Gongke, 38 tahun; mencipta sebuah mesin yang boleh digunakan untuk mencuci serta mengeringkan rambut dalam masa hanya lima minit dengan menggunakan topi keledar terpakai.

Ciptaannya menggunakan topi keledar motosikal, dua tangki air dan panel kawalan berkuasa untuk memanaskan air, membasuh rambut, mengurut serta mengeringkan rambut pengguna.

Menurut media tempatan, Chen mengambil masa selama 16 tahun serta sebanyak 18 biji topi keledar sebelum alatannya itu berjaya dihasilkan serta boleh digunakan secara praktikal.


Chen, berharap ciptaannya ini akan dapat membantu orang lain khasnya golongan kurang upaya untuk membersihkan rambut mereka dengan lebih mudah.

Lebih menarik, Chen mendakwa telah berjaya menguji alatan itu pada bapanya terlebih dahulu. – Mirror.uk

https://youtu.be/tkrLFbhv8EE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori