• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alami Tekanan Perasaan, Wanita Baru Kahwin Terjun Perigi

oleh AK-47
01/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui penduduk kampung dalam keadaan lemah dalam perigi disyaki berada dalam tempoh yang lama sebelum dibantu keluar.

11898931_538493892964530_6184460060137641648_n

Difahamkan, sebelum kejadian wanita berkenaan dilihat tidur berdekatan perigi  kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan.

Pelbagai usaha jiran tetangga lakukan termasuk meletakkan tangga, namun wanita berkenaan tetap gagal untuk naik menyebabkan bantuan bomba diperlukan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Yacob Ishak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 pagi.

“Setibanya ke lokasi kejadian pada jam 10.11 pagi, kami dapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.

“Namun, mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air perigi dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan penduduk kampung.

“Mangsa berjaya dinaikkan jam 10.36 pagi,” katanya.

11949145_538494716297781_1101455898373465530_n

Tambahnya, wanita berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian mangsa dikatakan hilang menyebabkan suami wanita berkenaan mencari mangsa di sekitar kampung sebelum dimaklumkan jiran ternampak isterinya tidur di tepi perigi itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro & Sinar Harian

Tags: perigiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd