Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Video: Remaja ‘Tanggang’ Pukul...

SANGAT biadap, itulah perkataan yang boleh digambarkan mengenai video tindakan seorang anak lelaki...

Makam Purba 4,400 Tahun...

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Mesir menemui makam milik seorang pendeta yang dianggarkan...

Ringgit Bakal Pulih Apabila...

KUALA LUMPUR: HSBC Group percaya ringgit yang di bawah nilai ketika ini bakal...

APMM Ubah Aset Lama...

KUALA LUMPUR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melupuskan beberapa bot lamanya...

Akim Ahmad, Stacy Rancang Kahwin Tahun Depan

SEPERTI umum mengetahui, minggu lalu melakar sejarah terindah buat penyanyi Stacy yang telah sah bergelar tunangan kepada Akim Ahmad.

BACA: Akim Ahmad, Stacy Sah Bertunang Petang Sabtu

Bercerita mengenai perancangan mereka, Akim dan dan Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam mendedahkan mereka merancang untuk bernikah tahun depan.

“Kami merancang namun menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.

“Keputusan untuk bertunang dibuat dua minggu sebelum tarikh itu dipilih. Kami sepakat mengadakan pertunangan secara sederhana saja.

“Maaf sekiranya ada pihak tersinggung dengan keputusan kami untuk bertunang dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat saja.


“Kami menghormati keputusan kedua ibu bapa untuk bertunang secepat mungkin. Tidak salah rasanya menunaikan impian mereka memandangkan kedua ibu saya juga sangat menyukai Stacy.

“Lagipun, saya ingin mengikat Stacy sebagai tunang kerana risau jika ada pihak mendahului saya. Alhamdulillah, cubaan melamar Stacy berjaya dan niat baik itu diterima keluarganya,” kata Akim kepada BHOnline.

Pasangan kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia ini dikatakan telah menjalinkan hubungan cinta sejak enam tahun lalu.

Sekadar imbasan, Stacy baru sahaja memeluk Islam pada 24 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=U96ewuBNhdo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori