• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan Pertahan Taib Pada Persidangan Antirasuah

oleh Ahmad Albab
04/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di United Kingdom, Global Witness, yang menuduh Ketua Menteri sebelumnya Tun Abdul Taib Mahmud terlibat rasuah semasa berkuasa.

Pengasas Bersama dan Pengarah Global Witness Patrick Alley melemparkan tuduhan terhadap Taib semasa sesi pleno bertajuk “Keamanan, Kesaksamaan dan Keadilan Sosial: Memerangi Rasuah dalam Pembangunan dan Pelaburan Pasca 2015’ yang diadakan bersempena Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di sini hari ini.

Antara lain, Alley mendakwa Taib telah menyalahgunakan kuasanya seperti memberikan beberapa projek berkaitan dengan perladangan dan pembalakan di Sarawak kepada kroni beliau yang telah menyebabkan berlaku pembalakan haram.

Adenan, yang mengambil alih pentadbiran negeri Sarawak daripada Taib kira-kira 15 bulan lepas, semasa menjawab tuduhan itu menegaskan adalah tidak adil untuk menuduh seseorang sehingga telah dibuktikan bersalah oleh undang-undang.

“Lagipun, apabila bercakap tentang undang-undang, satu daripada peraturannya menyatakan seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” katanya.

Adenan berkata Taib telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hakikatnya yang kita tahu ialah beliau tidak dihadapkan ke mahkamah dan tidak didapati bersalah. Jika anda mahu menuduh SPRM berat beselah, itu antara anda dan mereka,” tegasnya.

Untuk membuktikan tuduhan itu adalah salah, Adenan mempelawa Alley untuk melawat Sarawak dan melihat sendiri sektor perladangan dan pembalakan di negeri itu.

“Kenapa tidak anda (Alley) datang sendiri ke Sarawak, kami akan tunjukkan anda hutan kami, lihat sama ada tuduhan itu benar, sah atau tidak. Cukup, cukup lah.

“Pekerja bahagian perhutanan negeri saya akan menjelaskan kepada anda. Jika anda salah kami akan beritahu yang anda salah, jika kami salah anda beritahu kami yang kami salah,” katanya.

Adenan berkata beliau telah berjanji untuk menghentikan pembalakan haram di Sarawak menjelang tahun depan dan pada masa yang sama mahu ditingkatkan penguatkuasaan. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Malaysia Serius Banteras Rasuah

Next Post

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Ditemui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd