• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Jemaah Haji Malaysia Belum Dapat Dikesan

oleh Ahmad Albab
13/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELANA JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, seramai enam jemaah haji Malaysia masih belum dapat dikesan susulan kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah petang Jumaat.

“Pada jam 4 pagi waktu tempatan 12 September didapati enam orang jemaah haji masih belum lagi dapat dikesan iaitu dua lelaki dan empat perempuan.

“Ketika ini Tabung Haji (TH) sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji berkenaan.

Operasi ini diteruskan sehingga jemaah ditemui dan dikenal pasti,” katanya pada sidang media khas mengenai tragedi runtuhan kren di Masjidil Haram, di sini, pagi Sabtu.

Setakat ini, pihak TH mengesahkan 10 rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu.

Tiga mangsa kini dirawat masing-masing di Hospital King Abdulaziz, Hospital King Faisal dan Hospital Annur.

Enam lagi jemaah dirawat di Hospital TH Shisha manakala seorang lagi jemaah yang cedera ringan sudah pun dibenarkan balik ke maktabnya di Maktab 89.

Dalam kejadian itu jam 5 petang waktu tempatan 11 September, seramai 107 terkorban manakala 238 jemaah cedera.

Insiden itu bermula dengan ribut pasir dan hujan lebat yang menyebabkan kren tumbang berhampiran pintu As Salam bersebelahan bangunan Sa’ie.

Kren yang tumbang menimpa bangunan Sa’ie dan sebahagian daripada rangkanya jatuh di bangunan Sa’ie berdekatan dengan mataf.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, aktiviti Sa’ie kembali seperti biasa selepas pihak Masjidil Haram membersihkan kawasan kejadian dalam tempoh dua jam.

“Pergerakan Sa’ie tidak tergendala, ini kerana Sa’ie ada empat tingkat manakala Sa’ei yang terbabit hanya di tingkat atas.

“Dalam tempoh dua jam sahaja lepas kejadian (keadaan) kembali seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Jamil Khir juga menasihati rakyat Malaysia supaya bertenang dan tidak memburukkan lagi keadaan dengan menyebarkan berita yang tidak sahih.

“Setakat ini kita sudah tempatkan 250 anggota TH bagi membantu jemaah haji di sana dan kerajaan Malaysia akan bantu mangsa sebaik mungkin dengan memberikan sebarang bantuan yang diperlukan,” katanya. – BHarian Online

Tags: jemaah hajiMekah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd