• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Saksikan Istiadat Perbarisan Ulangtahun TYT Di Dataran Sibu

oleh Ahmad Albab
12/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Kira-kira 5,000 orang membanjiri Dataran Sibu seawal jam 6 pagi untuk menyaksikan istiadat perbarisan sempena sambutan ulang tahun ke-79 Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Ini merupakan sambutan hari jadi pertama Taib sebagai Yang Di-Pertua Negeri ke-7 di Bandar Sibu sejak mula dilantik pada 1 Mac 2014.

Ketibaan Taib dan isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib disambut Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem dengan diiringi tujuh das tembakan meriam.

Taib kemudian membuat pemeriksaan kawalan kehormat yang merangkumi tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Ke-3 Rejimen Renjer Diraja yang diketuai Mejar Jostin Seruling.

Sebanyak 108 kontingen mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan itu yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Kumpulan Generasi Harapan Bangsa, Kumpulan Dasar dan Perancangan, Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran, Kumpulan Keselamatan dan Penguatkuasaan, Kumpulan Pahlawan serta Benteng Pertahanan Negara.

Malam tadi, Taib dan isteri menghadiri majlis kesyukuran di Masjid An-Nur Sibu. – BERNAMA

Tags: Abdul Taib Mahmud
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ugut Bunuh TYT Sarawak, Pemilik FB ‘Raja Rimba’ Dicari

22/10/2019
0

KUCHING - Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook ‘Raja Rimba’ yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh...

SPRM Siasat Taib Mahmud, Mahu Lebih Banyak Maklumat

22/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd