• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4PM Kesal 30,000 Rumah Bakal Dilelong

oleh Ahmad Albab
07/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 30,000 rumah kediaman di seluruh negara sedang dan bakal dilelong oleh pihak bank.

Lebih menyedihkan apabila 90 peratus daripada rumah yang bakal dilelong terbabit didakwa milik Melayu.

Perkara itu didedahkan oleh Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM).

“Sebanyak 90 peratus daripada rumah yang dilelong terbabit termasuk banglo dan rumah flat milik Melayu.

“Bank sewajarnya lebih berhati perut. Jangan mengambil jalan mudah mendapatkan semula wang dengan melelong rumah orang yang dalam kesusahan,” tegas Presiden 4PM, Rosland Mohd. Arif dalam satu kenyataan media hari ini.

Rosland turut mendakwa menerima aduan kebanyakan bank enggan menerima sebahagian hutang yang mahu dibayar oleh peminjam untuk mengelakkan rumah mereka daripada dilelong.

Malah, katanya, ada juga bank yang telah menerima sebahagian bayaran hutang rumah daripada peminjam tetapi proses lelongan tetap diteruskan.

Justeru, beliau menggesa bank supaya bertoleransi ke atas peminjam yang menghadapi kesukaran membayar hutang rumah berikutan kos hidup yang semakin meningkat waktu ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan, 4PM yang ditubuhkan pada tahun 2013 telah berjaya membantu orang ramai yang berhadapan masalah hutang dengan bank termasuk rumah dilelong dan muflis.

Katanya, 4PM berjaya menyelesaikan ribuan kes hutang tertunggak yang nyaris menyebabkan kebankrapan dan harta benda peminjam dilelong pihak bank melalui kaedah rundingan sejak beberapa tahun lalu.

Orang ramai yang mahu mendapatkan bantuan 4PM diminta menghubungi talian 03-238 67835/019-2531000/019-3971000/011-1331 3155 atau melayari laman web www.ppppmalaysia.weebly.com. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lelongRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd