• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut Kemalangan Di LPT2 Dekat Kemaman

oleh Ahmad Albab
28/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Tiga maut setelah dirempuh sebuah kenderaan ketika menunggu bantuan kecemasan setelah terlibat dalam satu kemalangan di kilometer 313.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebelum susur keluar Plaza Tol Kijal di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa, Azuddin Deraman@Muda, 45, Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, terbunuh di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan dan kepala.

Difahamkan, Siti Nur Alifah yang berasal dari Kampung Padang Pulut dan Lee Lee dari Sura Gate, Dungun yang kedua-duanya bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan di Dungun sedang dalam perjalanan ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritenden Mohd. Said Ibrahim berkata, bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, Toyota Vios yang dinaiki dua sahabat dan dipandu oleh Siti Nur Alifah itu hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan.

Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan tersebut dan duduk di bahu jalan sebelum kereta Hyundai Getz yang dipandu Azuddin telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Waja tidak jauh dari lokasi kejadian, katanya.

“Selepas kemalangan kecil itu, Azuddin kemudian memberi pertolongan kepada Siti Nur Alifah dan Lee Lee, sejurus selepas itu, sebuah kereta Honda Civic telah terbabas ke kiri bahu jalan lalu merempuh ketiga-tiga mereka yang berada di tepi jalan.

“Susulan rempuhan kuat itu, kesemua mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian, pemandu kereta Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautLPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd