• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Didenda Kerana Cuba Sogok Pegawai TNB

oleh Ahmad Albab
02/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua wanita, masing-masing didenda RM3,000 dan RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah cuba memberi suapan kepada seorang pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung pemotongan bekalan elektrik di premis masing-masing pada Mac lepas.

Hakim Sabariah Atan mengenakan denda RM3,000 ke atas Jamilatun Hasanah, 45, seorang warga Indonesia, dan RM4,000 ke atas Peng Ngo Bet, 55, kerana cuba memberi suapan kepada Eksekutif Siasatan TNB Muhammad Prem Haikal Abdullah yang bertugas di Unit Siasatan Jenayah, TNB Wisma Pantai, Kuala Lumpur.

Jamilatun didakwa menawarkan suapan RM300 kepada Muhammad Prem Haikal supaya tidak memotong bekalan elektrik premisnya yang mempunyai bayaran tertunggak sebanyak RM1,822.45 di No 6, Jalan Puncak 1/3, Taman Puncak Utama, Kajang dekat sini, pada pukul 12 tengah hari, 17 Mac lepas.

Peng pula didakwa menawarkan suapan RM400 kepada pegawai TNB yang sama supaya tidak memotong sambungan bekalan elektrik yang dibuat secara haram di premisnya di 9-G, Jalan Awana Cheras, Cheras dekat sini pada tarikh sama.

Bekalan elektrik di premis Peng telah dipotong pada 16 Jan lepas selepas dia gagal membuat bayaran bil elektrik yang tertunggak sejak 13 bulan lepas bernilai RM16,593.

Kedua-dua wanita tersebut dituduh mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 21 bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammad Heikal Ismail dan Pegawai Pendakwa SPRM Tuan Attina Tuan Kamaluddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: rasuahTNB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd