• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

14 Resolusi ‘Baju Merah’ Akan Diserahkan Kepada PM

oleh AK-47
19/09/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa sewaktu berucap pada “Himpunan Rakyat Bersatu” di Padang Merbok petang Rabu berkata, resolusi hasil perhimpunan raksasa itu bakal dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul yang mengandungi 14 perkara itu dibacakan oleh beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan resolusi himpunan pada hari ini iaitu, mempertahankan demokrasi yang luhur, memupuk masyarakat cintakan perpaduan, mempertahankan kestabilan dan menolak perkauman.

“Selain itu, kita juga menolak campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara, menolak himpunan Bersih yang tidak beradab, terus bersatu menyokong kerajaan yang dipilih rakyat, menyokong kerajaan menghadapi masalah ekonomi, mempertahankan kesatuan milik bumiputera, mempertahankan prinsip-prinsip Rukun Negara dan menolak politik berunsurkan fitnah,” katanya.

Berikut adalah ringkasan usul-usul yang diumumkan pada akhir perhimpunan itu:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=88G7xdwgDzE&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=4SMj_eAj3n8

Tags: Baju MerahHimpunan Rakyat BersatuPerhimpunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saudi Bakal Tambah Kuota Haji Malaysia Kembali 30,000 Jemaah

Next Post

Kerjasama Akrab Kunci Pembangunan Di Sabah, Sarawak

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

Next Post

Kerjasama Akrab Kunci Pembangunan Di Sabah, Sarawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd