• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

125 Perwakilan Parlimen Belia Mula Bersidang Hari Ini

oleh Ahmad Albab
21/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang bersidang buat kali ketiga melibatkan 125 anggota Parlimen Belia Malaysia (APBM) akan membahaskan empat usul di Dewan Rakyat yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Persidangan yang bermula pada 10 pagi itu dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan disusuli dengan bacaan doa.

Ronald dalam ucapan ringkasnya berkata persidangan kali ini diharap mampu untuk menyerlahkan potensi belia sebagai pemimpin dan pelapis negara serta memberi kesan positif kepada pembangunan belia negara secara keseluruhannya.

Persidangan bermula dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya, Ahmad Wafi Sahedan (Pulau Pinang) bangun dan mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan program “English in Rural Areas” bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar.

Selain itu, tiga lagi cadangan yang akan dibahaskan ialah usul pelaksanaan sekolah satu aliran untuk menyatupaudkan anggota masyarakat, usul menambah baik sistem pengurusan kewangan dan dana politik serta usul mengawal selia pengedaran, penjualan dan penghasilan rokok elektronik (vape) di Malaysia.

Kesemua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan ini akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia ini iaitu Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undang dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi; serta Rohani dan Agama. – BERNAMA

Tags: Parlimen Belia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Belia Bukan Olok-Olok

30/09/2018
0

PETALING JAYA - Kementerian Belia dan Sukan serta Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang melakukan...

Usul Tambah Baik Hukuman Rotan Pelajar Di PBM

08/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM), yang bersidang buat kali pertama bagi penggal 2017-2018, bermula hari ini dengan pembentangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd