• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Ditahan Cetus Kekecohan Perlawanan Malaysia-Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Polis menahan 11 penyokong bola sepak kerana mencetuskan kekecohan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 ketika Malaysia menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Perlawanan berkenaan terpaksa dihentikan dua minit sebelum tamat perlawanan selepas sekumpulan penyokong dipercayai membaling suar dan mercun ke arah padang stadium tersebut.

Ditanya sekiranya 11 yang ditahan itu merupakan sebahagian daripada penyokong Ultras Malaya, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat enggan mengulas lebih lanjut.

“Berdasarkan bagaimana kita melakukan pemeriksaan terhadap mereka yang memasuki stadium, adalah mustahil bagi mereka untuk membawa masuk barangan berkenaan tanpa dikesan oleh sesiapa.

“Mungkin objek itu diseludup masuk ke stadium lebih awal. Kita akan berhubung dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Rabu berhubung perkara ini,” jelasnya.

Shafien turut memberitahu terdapat dakwaan kononnya ada berlaku kes serangan terhadap segelintir penyokong Arab Saudi.

“Setakat ini, kita belum terima sebarang laporan penyokong Arab Saudi diserang. Seorang wakil kedutaan beritahu saya bahawa tiada penyokong Arab Saudi yang cedera,” katanya sambil menambah bahawa polis akan siasat dakwaan tersebut.

Arab Saudi mendahului Malaysia dengan jaringan 2-1, menerusi jaringan tunggal Malaysia oleh Mohd Shafiq Rahim pada minit ke-70.

Penyokong Ultras Malaya didakwa mengadakan bantahan terhadap FAM selepas negara ditewaskan oleh Arab Emiriah Bersatu (UAE) dengan 10-0 dalam perlawanan pada Khamis lalu. – mStar Online

Tags: Harimau MalayaUltras Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail Garis Kriteria CEO Harimau Malaya

27/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Harimau Malaya jelas bukanlah individu yang calang-calang selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd