• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukum Tawaf Guna Alat Luncur Adalah HARUS – Mufti

oleh AK-47
02/09/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI seorang lelaki bertawaf mengelilingi Kaabah menggunakan alat luncur mini-segway ternyata menimbulkan perdebatan hebat dalam kalangan masyarakat Islam seluruh dunia sama ada perbuatan itu dibenarkan dalam melakukan ibadah.

BACA: Video.. Tawaf Kaabah Pakai Alat Luncur Elektronik

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menerusi satu kenyataan hari ini  menyatakan pandangannya bahawa hukum menggunakan alat luncur mini-segway ketika tawaf adalah harus.

tawaf segway

Jelasnya, terdapat beberapa nas yang meriwayatkan Nabi Muhammad SAW pernah tawaf dengan menunggang unta. Maka, hukum menggunakan alat tersebut ketika mengerjakan salah satu daripada rukun haji ialah harus.

Tambahnya lagi, alat itu dia boleh digunakan sekiranya bertujuan untuk membimbing, mengikuti dan mempelajari kepada orang ramai atau kerana uzur atau sakit.

“Justeru, hukum menggunakan alatan tersebut adalah harus,” tulis Zulkifli menerusi  laman web rasmi mufti Wilayah Persekutuan.

Pada masa yang sama, Zulkifli turut memberi penerangan mengenai pendapat beberapa ulama berhubung penggunaan alat atau kenderaan kita bertawaf.

Katanya, ada beberapa kriteria yang perlu difahami dan diraikan iaitu:

    •  Tawaf secara biasa (berjalan) jauh lebih afdhal (baik) dan aula (utama) kerana ia merupakan perbuatan Nabi SAW pada kebanyakan keadaan dan juga para Sahabat.
    •  Raikan adab tawaf dengan sebaik mungkin.
    •  Penuhi syarat-syarat tawaf agar tidak terbatal.
    •  Jauhi dari riak, ‘ujub (bongkak) dan niat bermegah ketika menggunakannya.
    •  Jangan sesekali melanggar orang ramai atau menyakiti mereka.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang jemaah haji berpakaian ihram melakukan tawaf di mengelilingi kaabah dengan menggunakan alat peluncur.

Tindakan lelaki itu sekali gus dipersoalkan ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kaabahtawaf
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Dua Ahli ‘Sindiket Scammer’ Didakwa Memberi, Subahat Beri Rasuah RM60,000

Alas Kaki Gambar Kaabah: Siasatan Tetap Diteruskan

16/04/2024
0

KOTA TINGGI - Siasatan terhadap 11 alas kaki bergambar Kaabah yang didakwa sejadah mini dirampas di sebuah pasar raya di...

Jari Kanak-kanak Terlekat Dalam Lubang Bekas Sudu Logam

Arab Saudi Hadkan Halaman Sekitar Kaabah Hanya Kepada Jemaah Umrah

09/03/2024
0

KAHERAH: Arab Saudi menetapkan halaman sekitar Kaabah di Masjidil Haram, adalah dihadkan untuk jemaah yang mengerjakan Umrah sahaja. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd