• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan Razak Buka Kedai Runcit 24 Jam Di Kelantan

oleh AK-47
21/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAUPUN dirinya terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi, itu tidak menghalang pelawak terkenal, Zizan Razak dalam merencana masa depannya.

Jika sebelum ini Zizan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan mengusahakan restoran Burgerbyte, nampaknya pengacara Akademi Fantasia ini mengorak langkah setapak lagi apabila memilih membuka kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.

Menurut Zizan, kedai serbaneka yang diberi nama Zizan Mart ini merupakan impiannya sejak dahulu.

“Alhamdulillah, ini merupakan salah satu impian saya sejak dulu lagi. Saya berharap selepas cawangan sulung ini akan ada lagi rangkaian seterusnya.

“Ini cita-cita saya selama ini dan ia akhirnya jadi kenyataan. Saya dahulu jenis yang susah tidur, maka saya akan melepak di kedai serbaneka 24 jam. Siapa sangka, tahun ini saya sendiri memiliki kedai serbaneka di bawah syarikat Zizan Group Sdn Bhd.

“Ramai mungkin tertanya-tanya kenapa saya pilih untuk buka cawangan pertama di Kelantan. Saya ada alasan tersendiri atas beberapa sebab. Orang Kelantan sendiri suka berniaga dan Alhamdulillah kehadiran saya di sini amat dialu- alukan,” ujarnya selaku Pengarah Urusan Zizan Group Sdn. Bhd. pada majlis perasmian kedai serbanekanya.

Dalam pada itu, Zizan berharap dapat menambah rangkaian cawangan Zizan Mart di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Berita Harian

Tags: ArtisZizan Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kaunter Kewangan TH Dibuka Untuk Urusan Dam, Korban & Pengeluaran

Next Post

Jurugambar Rakam Foto Ekstrem Gayut Di Luar Helikopter

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

Next Post

Jurugambar Rakam Foto Ekstrem Gayut Di Luar Helikopter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd