• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yuna Rakam Lagu Dengan Penyanyi Antarabangsa Usher

oleh AK-47
18/08/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan penulis lagu, Yunaliz Zarai mengorak setapak lagi langkah dalam kerjaya seninya apabila diberi peluang merakamkan lagu duet bersama bintang R&B terkenal Amerika Syarikat, Usher.

Perkara itu disahkan komposer terkemuka antarabangsa dan presiden Verve Music Group, David Foster yang menaungi Yuna.

Menurut David Foster, dia sememangnya yakin akan bakat Yuna dan berharap kerjasama ini bakal menaikkan lagi nama Yuna di peringkat lebih tinggi.

“Yuna sudah merakamkan lagu duet itu baru-baru ini. Saya berasa projek ini akan melonjakkan namanya ke kemuncak. Saya 100 peratus yakin dengan Yuna.

“Dia rakyat Malaysia dan mempunyai personaliti yang menarik. Sudah menjadi matlamat kami untuk melonjakkan namanya menjadi bintang ternama,” katanya.

Terdahulu David Foster menghadiri sidang media sempena pelantikannya selaku duta jenama global syarikat penerbangan AirAsia di Kuala Lumpur, semalam.

David Foster
David Foster

Yuna menyertai syarikat pengurusan Verve Music Group pada 2013 pernah merakamkan album antarabangsanya berjudul Nocturnal pada tahun sama.

Sementara itu, Yuna menerusi Instagramnya turut memuat naik gambarnya bersama Usher dengan kapsyen ‘soon‘ (akan datang).

Gambar tersebut turut menarik perhatian peminatnya yang meluahkan rasa tidak sabar menantikan kemunculan lagu duet dua bintang ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Harian Metro

Tags: Usheryuna
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yuna Pernah Disuruh Tanggal Tudung

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Yuna mendedahkan dia pernah diminta membuka hijab oleh segelintir pihak ketika di awal kemunculannya dalam...

Yuna Calon E! People’s Choice Award

21/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Yuna terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa apabila muncul sebagai salah seorang calon dalam E! People’s Choice...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd