• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WIFI Percuma Kepada Pengguna Yang Menaiki Keretapi ETS

oleh AK-47
06/08/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) di antara Kuala Lumpur dan Padang Besar mendapat sambutan hangat.

Dianggarkan sebanyak 12 000 penumpang telah menggunakan perkhidmatan keretapi antara bandar ini sejak diperkenalkan 11 Julai yang lalu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar mengambil masa kurang dari 6 jam. Ini adalah lebih pantas berbanding memandu sendiri menggunakan kenderaan bermotor.

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad mengumumkan sekarang mereka merancang memberikan perkhidmatan WiFI percuma kepada penumpang ETS di masa hadapan.

Mereka menyedari WiFi adalah antara perkhidmatan yang diperlukan penumpang bagi menghilangkan perasaan bosan ketika menaiki tren.

Pada masa yang sama KTMB turut mempunyai perancangan melancarkan aplikasi peranti pintar KTM MobTicket bagi membolehkan penumpang membeli tiket keretapi ETS di atas talian. Bilakah kedua-dua perkhidmatan ini akan dilancarkan tidak pula diumumkan.

Ini adalah perkembangan yang baik bagi pihak KTMB. Selama ini perkhidmatan keretapi dilihat sebagai sistem pengangkutan yang sudah agak ketinggalan.

Dengan adanya WiFi mungkin lebih ramai orang akan menggunakan perkhidmatan ETS. Penghasilan aplikasi telefon pintar juga sudah menjadi keperluan sekarang kerana ia lebih mudah dari beratur di kaunter tiket.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=Iffe28jazz8

Tags: KTMTeknologi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

13/12/2023
0

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah...

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

13/08/2022
0

SEREMBAN - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd