• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waris Mangsa Penerbangan MH370 Terkejut

oleh Ahmad Albab
07/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Bapa kepada salah seorang mangsa Penerbangan MAS MH370, Selamat Omar, 62, terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan penemuan ‘flaperon’ di Pulau Reunion, adalah milik pesawat malang itu.

Beliau berkata penemuan itu adalah di luar jangkaan kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas iaitu di Selatan Lautan Hindi lebih setahun lalu adalah terlalu jauh.

“Ini memang di luar jangkaan…sebab ia terlalu jauh dari lokasi sebenar pesawat itu dikatakan terhempas.

“Namun saya tetap menerima ini sebagai takdir…Usaha pencarian bukti-bukti lain akan diteruskan oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di kediamannya di Felda Bukit Mendi di sini Khamis.

Selamat adalah bapa kepada mangsa Khairul Amri Selamat, 29.

Selamat berkata dengan penemuan bukti terbaharu itu mungkin sedikit sebanyak memudahkan usaha pencarian bukti-bukti lain termasuk barangan peribadi milik mangsa.

“Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah, ia untuk memberi keadilan kepada keluarga mangsa yang masih berharap agar mayat atau jenazah mereka dijumpai,” katanya.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 yang membawa Mohd Khairul Amri bersama 226 penumpang lain bersama 12 anak kapal ke Beijing, China hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lalu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Di Kuala Lumpur, Maira Elizabeth Nari, 19, pula tidak dapat mengawal perasaan sedihnya apabila menerima berita pengesahan serpihan dari MH370.

“Buat masa sekarang tiada apa yang mampu saya katakan terhadap apa yang telah terjadi kepada bapa saya,” katanya.

Maira Elizabeth merupakan anak sulung kepada ketua pramugara MH370 Andrew Nari.

Sementara itu, Azrai Izet, 39, suami kepada penumpang MH370 Fadzilah Abd Rahim, ketika dihubungi enggan memberi sebarang komen. – BERNAMA

 

Tags: MH370waris
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

Polis Kesan Waris Bayi Dibuang Dalam Beg

10/03/2025
0

SUNGAI PETANI - Polis sedang mengesan ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan dalam beg di sebuah bangsal kayu di Taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd